NASI KERABU BOLEH KURANGKAN MASALAH HILANG INGATAN

Bagi peminat nasi kerabu korang perlu tahu fakta ini!

Nasi kerabu adalah makanan tradisional di daerah Pantai Timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pastinya setiap pagi korang akan jumpa nasi kerabu sebagai sarapan pagi!

Korang perlu tahu warna biru pada nasi kerabu menggunakan bunga telang sebagai pewarna. Bunga telang menurut nama spesifiknya adalah butterfly-pea (Clitoria ternatea).

Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea,  terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit.

Antara khasiat bunga telang ialah:

 

#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.

#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.

#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.

#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.

#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.

#6 – Anti-penuaan

#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.

Haa, bestkan? Bunga Telang ni, kebiasaanya di Kelantan dan Terengganu mereka tanam di depan rumah, supaya senang untuk masak nasi kerabu. Kalau korang nak dapat the best nasi kerabu boleh dapatkan di sekitar Kelatan dan Terengganu.

 

 

Komen Anda?

Close
Top