NEGARA PALING CEPAT BERBUKA

Assalamualaikum….

Bila puasa – puasa ni, mesti korang berkira – kira bila nak berbuka kan? Sikit – sikit tengok jam.  Lagi – lagi yang kerja di office,  bila jam loceng rehat berbunyi tapi tersedar macam  dah pukul 5 petang, walhal baru pukul 1 petang. Haha

Harini saya nak sharekan negara – negara yang paling cepat waktu berbuka, mungkin korang boleh buat checklist untuk tahun depan mana tau boleh berpuasa di negara – negara yang saya cadangkan ni.

1. CHILE

Negara Chile, yang terletak di Amerika Selatan,  waktu berbuka di Negara ini hanya 9 jam 12 minit sahaja. Sekejap je kan? Imsak di chile adalah pada pukul 5.31 pagi dan waktu berbukanya adalah pada pukul 3 petang.

 

2. ANTARTIKA

Jika korang selesa dengan udara yang sejuk, korang boleh melakukan ibadah puasa di Negara ini.  Negara yang paling sejuk dan singkat ini adalah Negara antartika.  Penduduk di sana hanya melakukan puasa selama 9 jam 18 minit. Sangat singkat kan?

 

3. ARGENTINA

Argentina adalah Negara bahagian dari Amerika Latin, ibu kotanya adalah Buenos Aires. Kalau korang nak rasa puasa paling singkat bolehlah datang ke Negara ini ketika Ramadan tiba. Di argentina mereka hanya berpuasa selama 9 jam 37 minit. Walaupun masyarakat muslim di negaea ini hanya sedikit, namun warga non muslim di argentina sangat menghargai.

 

4. SYDNEY, AUSTRALIA

Austalia barat atau lebih famousnya adalah daerah Sydney, di sini  memang memilik waktu puasa selama 11 jam 59 minit. Warga di Negara ini juga sangat menghormati penduduk muslim yang tinggal di sana.

 

5. KOMORO

Kepulauan komoro terletak di selat mozambik sebelah barat laut dari madagaskar dan sebelah timur dari benua Afrika. Kepulauan  komoro masih termasuk dalam wilayah Jazirah Arab. Budaya Arab pun masih kental di kepulauan komoro. Bahkan bahasa rasmi yang di gunakan masyarakatnya pun adalah Bahasa Arab. Walaupun sebahagian masyarakatnya juga menggunakan bahasa komoro dan perancis untuk berkomunikasi. Durasi berpuasa di kepulauan ini hanya selama 12 jam 31 minit sahaja.

 

6. INDONESIA

Negara yang paling dekat dengan negara kita, iaitu negara Indonesia  mereka hanya berpuasa selama 13 jam 3 minit.  Bagi umat islam sebenarnya  waktu puasa bukanlah hal yang harus dijadikan sebagai bebanan. Berapa lama tempoh berpuasa itu , tak jadi masalah, yang terpenting adalah kualiti ibadah korang semua. Selamat menunaikan ibadah puasa!

Komen Anda?

Close
Top