PASSPORT MALAYSIA DI RANKING KE 5 PALING ‘BERPENGARUH’ DI DUNIA!

Kali ini, saya rasa berbesar hati untuk berkongsi tentang pasport – pasport yang berpengaruh di dunia.  Sebenarnya, cetusan idea untuk perkongsian kali ini bersumberkan pengalaman travel saya ke Negara orang.

Kalau nak tahu, salah satu benda yang wajib bawa semasa travel especially untuk travel ke luar negara adalah pasport. Tapi kan, anda semua tahu tak pasport negara mana paling berkuasa di dunia?

Haa, jenis yang kaki travel tu, anda perlu tahu pasport Negara mana yang paling “power”, lagi – lagi Negara kita Malaysia.

Jom kita teruskan bacaan anda!

Menurut laporan dari passport index ( https://www.passportindex.org/byRank.php ) Negara Malaysia berada di kedudukan yang kelima passport paling “power” di dunia. Hebat kan?

Negara German berada di “ranking” pertama, pasport paling “power di dunia. Diikuti dengan Sweden dan Singapore di  “ranking” yang kedua.

 

Seterusnya passport yang berada di  “ranking” ketiga iaitu Denmark, Finland, France, Spain, Norway, United Kingdom, Dan United States Of America.

 

Di “ranking” keempat, di ikuti dengan Negara Italy, Netherland, Belgium, Austria, Luxembourg, Portugal , Switzerland, Japan.

 

Malaysia berada di “ranking” ke lima di ikuti dengan Negara Ireland, Canada, dan New Zealand.

Macam mana, power ke tak power pasport Malaysia? Ok lah kan, tersenarai di tangga ke-5 dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia. Ya, kita patut berbangga jadi rakyat Malaysia. Patutla orang Malaysia ni sakan berjalan dan melancong ke luar Negara,  bak kata orang “jauh perjalanan, luas pemandangan” ye ke tidak? Hehe
Kesimpulannya kat sini, pasport paling berkuasa di dunia ditentukan dengan jumlah negara yang boleh dilawati oleh pemegang pasport tanpa menggunakan visa. Semakin banyak negara yang dapat di jelajahi oleh pemegang pasport ke negara-negara luar, semakin berkuasa pasport tersebut.

Manakala, negara yang banyak perlukan visa untuk masuk ke negara-negara lain, maknanya pasport tersebut kurang power! Ada faham? Semoga perkongsian  ini dapat memberi sedikit-sebanyak info mengenai pasport.

Jom kita travel !, rasa – rasa ada tak yang nak join? hehe

 

Komen Anda?

Close
Top