PEKERJA 7-ELEVEN DAKI EVEREST 6 KALI

 

Lhakpa Sherpa dah daki Gunung Everest lebih daripada mana-mana perempuan yang ada kat muka bumi ni. Kalau kira dah dekat dengan 6 kali dia daki Everest yang dikagumi ramai tapi tak ramai orang kenal atau tahu pasal wanita hebat ni. Lagi mengkagumkan wanita Nepal ini juga adalah seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak. Mula mendaki pada tahun 2000, Lhakpa direkodkan sebagai wanita pertama yang berjaya daki Everest dan berjaya turun dengan selamat. Perjalanan hidup wanita ini bukan mudah, Lhakpa baru sahaja bercerai setelah suaminya terbukti bersalah mencederakan dirinya. Lhakpa seperti kita semua, keluar kerja siang dan malam untuk cari rezeki, dia buat 2 kerja sebagai house-keeper dan juga cashier dekat 7-Eleven untuk make sure keluarga dia boleh survive. Siapa sangka wanita yang pendapatan dia 400 dollar seminggu ni boleh daki Everest yang paling tinggi di dunia sebanyak 6 kali!

 2

  Lhakpa sedang mendaki Gunung Everest 

 

Siapa sangka banyak tragedi dan insiden buruk dalam hidup Lhakpa antaranya dia mengalami pelbagai kecederaan kerana didera oleh bekas suaminya. Bukan setakat kederaan fizikal tapi kecederaan emosi yang dialami lebih teruk lagi. Kesemua keperitan yang dialami membuatkan dia menjadi takut dan hilang percaya kepada orang lain dan diri sendiri. 10 tahun menyepi daripada aktiviti pendakian, kini semangat Lhakpa sudah pulih dan kini dia bangkit daripada segala tragedi hitam yang menimpanya dan bersedia untuk mendaki Everest sekali lagi buat kali ke-7. Lhakpa mempunyai adik-beradik seramai 11 orang dan dia tidak mendapat pendidikan tinggi sama seperti kebanyakkan wanita Sherpa yang lain.

Sebelum berhijrah ke US, Lhakpa mula bekerja sejak berusia 15 tahun untuk membantu keluarganya dengan mengambil upah mengangkat barang untuk ke camp base Everest. Berat barangan yang selalu dibawa adalah sekitar 25-50 kg (macam bawak tong gas!) dan dia pernah terjatuh dan retak di bahagian tengkorak, luka dalam di bahagian peha. Dia terpaksa menjual subang emas miliknya untuk beberapa belas dollar hanya kerana tidak mampu untuk beli ubat antibiotik. Setelah sembuh, Lhakpa mengambil masa 2 minggu untuk pulang ke Kathmandu dan terpaksa berjalan selama 2-3 hari untuk sampai ke rumah.

Lhakpa bukanlah seorang yang kaya-raya. Dia pun macam kebanyakan daripada kita, keluar dari rumah pagi-pagi buta, balik dah sampai waktu malam cari rezeki semata nak tampung diri sendiri dan keluarga. Kenapa saya share cerita pasal Lhakpa? Sebab dia wanita luar biasa, bukan kerana rupa,wang dan harta, populariti tapi kecekalan dan ketabahan dia untuk bangkit daripada ujian dan bebanan hidup. Kita manusia semua sama sahaja, kehidupan kita ibarat satu ekspedisi yang penuh dengan cabaran dan halangan yang tak terjangka di hadapan, destinasi kita panjang, sejauh pendakian ke puncak Everest. Terkadang panas mentari hangat kadang terik teramat, terkadang hujan lebat banjir mencurah basah kadang renyai yang damai, terkadang lancar laju langkahnya, terkadang licin mundur tergelincir.

Setiap daripada kita ada ujiannya masing-masing. It’s all written..tapi tak semestinya harus segera mengalah. Suratan takdir ada yang boleh diubah. Keinginan Lhakpa untuk mendaki Everest boleh diibaratkan sebagai keinginan kita semua untuk mencapai sesuatu dalam hidup. Tuntutan dan impian kita lebih kurang sama, nak kejar ilmu biar seluas lautan, nak kejar kerjaya yang bagus biar diri kita jadi mahir dan pengalaman kita seterang bintang malam bila dipandang, nak kejar duit nak beli itu ini untuk orang yang kita sayang biar mereka gembira seriang bunga kembang. Banyak impian kita, besar harapan kita untuk ubah diri sendiri ke tahap yang seterusnya. Tapi sejauh mana kita kesanggupan kita untuk mencapai semua yang kita nak. Mimpi sahaja kalau semuanya jatuh dari langit. Susah, penat, sakit, sedih, luka , perit, tak semua tahu..hanya kita dan Tuhan yang nampak. Lhakpa boleh berjaya sampai ke puncak bukan dengan mudah, sakitnya bukan kepalang, jauhnya bukan boleh diukur dengan jarak mata. Tak mungkin semasa mendaki, Lhakpa dengan yakinnya akan sampai ke puncak dan akan turun dengan selamat. Tapi itu bukan alasan untuk mengalah, beralah, atau lelah. Seperti Lhakpa, kita kena teruskan, melangkah menuju destinasi yang kita impikan, penatnya hanya berbayar bila sudah sampai ke puncak harapan, perjalanan selepasnya pasti akan beransur mudah kerana diawalnya kita sudah berhabis gagah.

Nak berbisnes pun begitulah analoginya. Payahnya bukan sekejap, peritnya bukan sikit. Tapi kalau ada ilmu yang betul, usahanya dijayakan penuh, nasihat dan kesilapan kita dan orang lain jadi gurunya, insha-allah, jatuh tergelincir macam mana pun kita pasti semangat kita masih tersisa untuk bangun kembali dan melangkah lagi menuju puncak harapan. Bukanlah salah dan berdosa bercita-cita untuk jadi kaya, jadi terbilang antara berjuta-juta bintang. Tapi, fikirkan kembali, untuk apa? Kalau sudah berjaya, sudah kaya dan hebat tapi segala yang kita punya tidak digerakkan untuk kebaikan orang lain, apalah sangat hebatnya kita di mata DIA? Banyak manalah sangat jumlah simpanan kita di bank AKHIRAT nanti? Jadilah bintang paling tinggi di langit malam biar jadi inspirasi yang lain untuk terus mendongak ke atas dalam pengharapan , jadilah bintang yang paling terang supaya kemilaunya menghapuskan keresahan yang lain kala malam yang suram. Allah pun ada pesan,

“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves” AR-RA’D 13:11

Kejayaan adalah milik semua… Teruskan mendaki gunung harapan tanpa henti dengan pasti! Anda boleh kalau anda tidak berhenti setelah menoleh…Selamat Berjaya!

P/s: Kepada yang berminat nak belajar rahsia strategi bisnes yang akan bantu anda bagaimana nak mulakan bisnes dengan ilmu yang WOW! dan juga untuk majukan bisnes anda yang sedia ada , saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Sila layari link website di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa kat sana!

http://fizoomar.com/seminarsyb2016

 

 

Komen Anda?

Close
Top