PELANCARAN PROGRAM VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS & TALENTS (VEST) 2017

Pelancaran Program Varsity Entrepreneurship Skills & Talents (VEST) 2017 yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 April 2017.

Program, memacu era usahawan cakna ini berbentuk ilmuan hasil kerjasama kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Majlis perasmian VEST 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri KPDNKK.

VEST 2017, Program Pertandingan Keusahawanan di Peringkat Universiti.

VEST 2017 bukan program biasa-biasa, Ia adalah program pertandingan keusahawanan yang akan melibatkan seramai lebih kurang 1000 orang mahasiswa dari 20 buah institusi pengajian tinggi seluruh negara. Dijangkakan lebih kurang 200 idea perniagaan dari para mahasiswa bakal diperkembangkan pada program ini.

 

Para mahasiswa yang turut serta akan berpeuang memenangai hadiah bernilai RM50,000!

Program VEST 2017 akan berlangsung selama 6 bulan dimana para mahasiswa akan didedahkan dengan pelbagai input iaitu penjenamaan, teknik jualan, pemasaran, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan. Ini adalah sebagai persediaan kepada mereka untuk memulakan langkah sebagai seorang usahawan.

Dato’ Seri Hamzah berucap: “Hasrat ini adalah selari dengan Wawasan 2020 negara yang mahu melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera golongan menengah.

Menurut Daro Seri Hamzah lagi, para mahasiswa merupakan golongan yang paling sesuai menceburi bidang perniagaan kerana sedang berada di institusi pengajian tinggi yang mana banyak ilmu yang boleh dipelajari daripada pensyarah yang boleh diaplikasikan dalam dunia perniagaan.

Pertandingan VEST 2017 dibuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia antara 18 hingga 25 tahun. Tarik penyertaan dibuka dari 21 April sehingga 10 Mei 2017 ini sahaja. Para pelajar yang berminat boleh mendaftar melalyi Unit Keusahawanan Universiti masing-masing atau melalui laman web PNS iaitu pns.com.my/vest-online-registration.

Tak sabar rasanya nak tengok impak daripada VEST 2017 ini kepada golongan mahasiswa.

Komen Anda?

Close
Top