PENYAKIT 5M USAHAWAN MESTI ELAK

salam semua, macamana hujung – hujung raya ni? banyak ke open house dah pegi?? ke da banyak habis untuk untuk raya sakan, yelakan ade orang kata raya kan sekali setahun. . walau macamna pun raya korang, saya harap semuanya berjalan lancar.

haaa.. harini saya  nak sharekan kepada anda semua, berkaitan tip2 keusahawanan ni.. antara tips harini adalah PENYAKIT 5M USAHAWAN MESTI ELAK. haaaa…sebut je pasal 5M kat fikiran korang salah satunya mesti MALAS kan??.. tekaan korang salah.. haha,

nak tahu lebih lanjut..jom baca artikel ni, kita aplikasikan tips ni, untuk jadi jutawan dunia akhirat..insyallah.

#1 – Menghabiskan Terlalu Banyak Masa Di Internet

Mereka gagal menahan nafsu untuk check Facebook dan Twitter sepanjang masa. Kegilaan berkongsi kesemua pergerakan di media sosial juga bukanlah sesuatu yang baik. Ada yang baru berbisnes, tetapi berkongsi tip bisnes pada setiap langkah. Buat sedikit, update Facebook. Melangkah setapak, update Twitter. Oleh kerana asyik nak update tip di media sosial, akhirnya mereka hilang tumpuan kepada bisnes.

#2 – Mengharapkan Kesempurnaan

4

Dunia ini tidak sempurna. Vendor tidak sempurna. Staf tidak sempurna. Sementara kita harus berusaha memberikan (dan mengharapkan terbaik), kita juga kena belajar menerima ketidaksempurnaan. Sekiranya tidak, kita akan menghabiskan banyak masa membetulkan sesuatu yang tidak mempunyai nilai tinggi kepada bisnes.

#3 – Mesyuarat

5

Apabila banyak masa dihabiskan dengan mesyuarat, kita hilang masa untuk “bekerja.” Betul, mesyuarat juga adalah “kerja,” namun dengan mengurangkan masa mesyuarat, kita mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja lain yang lebih penting.

#4 – Menjawab Emel Serta-Merta

3

Sekarang hampir semua orang menggunakan smartphone. Bahananya ialah mesej seperti WhatsApp, emel dan SMS tiba serta-merta. Apabila kita menghadap smartphone sepanjang masa, tumpuan kita terjejas. Cara terbaik ialah menjadualkan masa membalas emel atau WhatsApp. Contoh, sewaktu rehat atau sebelah petang, kecuali ia adalah sesuatu yang mendesak. Sekiranya tidak, usah balas cepat-cepat.

#5 – Mengelak Berhadapan Dengan Situasi Mencabar

2

Walau bagaimana hebat sekali pun staf, pelanggan mengharapkan empunya bisnes sendiri menangani situasi itu. Usah lari dari tanggungjawab. Hadapi situasi tersebut walau bagaimana sukar sekali pun. Dengan cara ini, ia dapat ditangani segera dan tanpa bertangguh. Perbuatan menangguhkan berhadapan dengan situasi mencabar hanya menjadikan ia berlarutan, sekaligus menjejaskan tumpuan kita kepada bisnes.

 

P/s: Kepada yang berminat nak belajar rahsia strategi bisnes yang akan bantu anda bagaimana nak mulakan bisnes dengan ilmu yang WOW! dan juga untuk majukan bisnes anda yang sedia ada , saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Sila layari link website di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa kat sana!

http://fizoomar.com/seminarsyb2016

 

Komen Anda?

Close
Top