PERNIAGAAN BULAN RAMADHAN !

Asalamualaikum semua, dalam kesibukan rutin harian kita, sedar – sedar kita sudah menghampiri ramadhan untuk tahun 2019. Betul tak?

Tak lama dah ni, mesti ada di antara kita sudah bersiap sedia untuk menyambut bulan yang mulia ini.  Tak kurang juga mesti ada diantara kita hendak berniaga untuk menambahkan pendapatan. Bagi sesiapa yang hendak berniaga tetapi tiada idea untuk berniaga, korang boleh baca idea business di bulan Ramadan.

1.Servis Penghantaran Makanan Bersahur

Ramai orang fokus untuk berniaga di bazaar Ramadhan, tetapi penghantaran dan penyediaan makan sahur merupakan satu niche yang berpotensi untuk diterokai. Tambahan, ramai Muslim yang gemar untuk bersahur dirumah kerana lebih cepat dan senang. Potensi perkhidmatan penghantaran makanan halal sangat luas, terutama jika anda tahu jenis makanan dan waktu yang sesuai. Perkhidmatan anda  juga boleh dikembangkan ke penghantaran selepas bulan Ramadhan.

2 .Minuman Sejuk Menyegarkan

Cuba lari dari minuman manis yang biasa dijual di bazaar dan pasar malam. Anda boleh cuba jual minuman dengan perisa yang tidak biasa dijual sebelum ini. Contohnya, anda boleh cuba mencipta minuman dengan resepi jenama seperti Starbucks atau Juice Works, dan jual pada harga yang lebih murah.

Pastikan anda mencari lokasi strategik untuk menjual minuman anda, dan elak dari menjual minuman dekat gerai minuman yang lain. Cuba untuk dapatkan kebenaran berniaga di lokasi yang berdekatan dengan hentian pengangkutan awam (bas atau LRT), yang semestinya menarik perhatian ramai pelanggan.

3.Kuih Raya

Banyak kuih raya yang bakal menjadi rebutan rakyat Malaysia sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini, terutamanya semakin dekat dengan Hari Raya Aidil Fitri. Kuih seperti  Almond London, ‘semprit’, cornflakes madu, dan banyak lagi akan mendapat permintaan tinggi. Ini terutamanya di pejabat dimana  para pekerja tidak sempat untuk membuat kuih raya sendiri.

Anda juga boleh menjual kuih raya di kedai, gerai makanan atau restoran yang berdekatan dengan pejabat, universiti, atau lokasi awam untuk menjana jualan.Untuk menambah keuntungan, lakukan kerjasama dengan pemilik gerai untuk mempromosi kuih anda dan bahagi keuntungan, sekitar 10% – 20% sebagai balasan.

4.Buah-buahan potong

Maka, menjual buah-buahan potong yang boleh terus dimakan adalah satu idea yang bagus bagi membantu Muslim menghidrat semula sewaktu berbuka.

5.Ayam Bakar

Sama ada ayam panggang, ataupun kebab Shish Tawook, rakyat Malaysia tidak akan menolak apa jua bentuk ayam bakar. Untuk kelainan, anda boleh experiment untuk mencari sos rekaan anda sendiri yang akan menonjolkan anda berbanding gerai lain.

Dengan banyak saingan yang bakal dihadapi, kunci untuk memperoleh keuntungan terletak pada persiapan rapi dari awal hingga akhir. Ini termasuk dari sos perapan yang betul dan menyelerakan hinggalah peralatan memanggang efektif yang boleh memasak dalam kuantiti yang banyak.

Dengan idea-idea perniagaan diatas untuk dicuba, jangan jadikan isu modal menghalang anda! seperti post saya yang lepas jangan jadikan duit sebagai punca utama !

Komen Anda?

Close
Top