PERSEDIAAN TAHUN 2017 YANG ANDA PERLU TAHU

Tinggal beberapa hari je, 2016 bakal meninggalkan kita. Selamat tinggal segala suka duka, dan memori indah pahit sepanjang 2016 di dalam hidup anda. Hah macamana hasrat tahun 2016 ni  semua dah di selesaikan ke?

Macamna dengan persediaan 2017? Mesti ramai dah plan macam – macam kan, yela dah hujung – hujung 2016 ni, mesti banyak checklist yang di tulis masa awal tahun haritu still tak dapat settlekan lagi, betul tak??

Saya Pun tengah plan apa yang saya nak buat 2017, orang kata 2017 ni tahun yang begitu mencabar? Betul ke? Tak pe jangan risau, setiap tahun pasti ada cabarannya sendiri. Betul tak? Yang pasti kita kene berusaha untuk lebih berdaya saing.

Hah, korang plan apa 2017 nanti? Ke tak plan langsung? Hah janganlah sampai tak plan, azam tu perlu untuk anda lebih berdaya saing.

Jom Jadikan tahun baharu 2017 ini tahun terindah dengan melakukan teknik-teknik berikut. Selamat Tahun Baharu!

#1 – Checklist Perkara Yang Perlu Di Capai 2017

Seringkali kita tulis checklist ni dalam telefon mahupun dairi betul tak? Tapi bila dah sampai hujung – hujung tahun mesti ada yang tak tercapai, dan akhirnya kita kecewa. Contoh mudah “aku nak kurus”, bulan January kita set “aku nak kurus” sampailah bulan disember, kita still macamni tak kurus – kurus lepastu kita kecewa betul kan?

Apa kata kita tukar mindset dan azam kita, aku nak sihat! mesti tak kecewa.

Checklist yang wajib ada untuk 2017

  • Manage your money
  • Saving
  • Investment

 

#2-Beri 10 Benda Yang Tidak Disukai

“Kekusutan akan merosakkan minda kita dengan rangsangan yang berlebihan yang menyebabkan deria kita bekerja lebih. Ia akan membuatkan kita untuk sukar bertenang sama ada fizikal mahupun mental”

Pulang ke rumah, pilih 10 benda yang tidak anda tak suka dan buang atau dermakan kepada mereka yang memerlukan. Perkara ini akan melapangkan minda anda daripada kekusutan.

 

#3-Singkirkan Insan Negatif Dalam Hidup

Tidak mengapa untuk menggembirakan rakan anda yang sedang berduka, namun itu sebenarnya akan menjadi beban kepada anda sekiranya rakan tersebut kekal untuk bersedih. Anda juga berpotensi membawa auranya dalam diri anda.

Biarkan mereka untuk seketika dan beri dia peluang untuk mengubah diri sendiri mengikut acuan sendiri. Yang harus ditinggalkan ialah mereka yang menjatuhkan kita.

Mungkin agak kejam bunyi jika anda tidak berhubung lagi dengannya langsung. Namun, ini untuk kebaikan kita bersama.

 

#4-Cipta Hobi Baru

“Hobi akan membuatkan kita keluar bersama dengan komuniti. Berjumpa dengan orang baru, berkongsi kegemaran bersama dan jalinan sosial ini merupakan kunci kepada kehidupan yang lebih bermakna”

Hobi menghalang anda untuk menghadapi tekanan. Hal ini akan sentiasa mengingatkan anda untuk sentiasa gembira dan kurangkan berduka. Pastinya anda gembira melakukan sesuatu yang digemari bukan?

 

sebenarnya banyak lagi yang kita boleh aplikasikan dalam kehidupan pada tahun baru ni, saya harap ianya boleh membantu anda untuk lebih berdaya saing.

Selamat datang 2017!

Komen Anda?

Close
Top