PROGRAM USAHAWAN YANG SANGAT HEBAT DAN IMPAKNYA SANGAT MAKSIMA

a4e7094a-f8c2-42a6-be73-4e654fe46421

Mereka “dikurung”selama 3 minggu dan mereka di beri pelbagai jenis pendedahan dan latihan. Bayangkan pada minggu pertama mereka di asingkan daripada dunia luar dan diletakkan di kem PLKN. Mereka  diberikan latihan oleh komander – komander  PLKN seperti latihan – latihan ala – ala ketenteraan. Di mana mereka betul – betul diuji dari segi fizikal dan mental.

Untuk minggu pertama dan minggu kedua mereka di beri ilmu – ilmu tentang perniagaan di mana mereka di ajar mengenai bisnes, marketing, strategi dan pelbagai lagi ilmu – ilmu berkaitan bisnes yang pada saya tidak dipelajari oleh usahawan – usahawan lain di luar sana. Daripada minggu ketiga, hasil ilmu pengalaman tunjuk ajar yang betul mereka dapat, mereka di wajibkan membentangkan rancangan perniagaan mereka, setiap individu dan kumpulan wajib membentangkan rancangan perniagaan masing – masing.

Pemenang akan di pilih mengikut kreativiti idea yang menarik. Tiga minggu mereka mengharungi cabaran. Pada saya satu kos yang sangat mencabar mungkin ada yang mengatakan kenapa perlu latihan ala ketenteraan, untuk nak menjadi usahawan? Dan saya sendiri  pada awalnya tertanya – Tanya.

Sebagai seorang usahawan modul yang diberikan adalah untuk memberikan ketahanan fizikal sebab di dalam bisnes bukan saja kamu cerdik pandai berbisnes, bukan sahaja kamu berilmu tapi yang paling penting energy yang membawa kita untuk bertahan sekiranya pelbagai dugaan dan sepak terajang dalam bisnes yang bakal kita hadapi.

Jadi apa yang saya boleh simpulkan saya mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak SME CORP terutamanya Dato Hafsah Hashim, selaku CEO SME CORP yang saya percaya beliau pencetus idea kepada program ini.  Program ini juga merupakan tahun ketiga TUBE  di adakan.  Idea – idea hebat beliau pada saya dapat mengubah konsep para usahawan untuk memulakan bisnes.

Elemen untuk persediaan menjadi usahawan terutama di kalangan belia juga adalah salah satu idea yang sangat hebat, lagi sekali saya ucapkan tahniah kepada Dato’CEO dan juga kepada semua team SME CORP di seluruh Negara kerana bersusah payah menjayakan program ini.

Sme corp Malaysia telah membelanjakan hampir 10 Juta Ringgit dan juga bantuan agensi – agensi kerajaan serta bahagian – bahagian korporat yang lain termasuklah TM, Maybank dan banyak lagi yang sudi memberi bantuan mahu dari segi sokongan, kewangan untuk menjayakan program TUBE 3.0  pada tahun ini.

8a7c5a59-926c-4e84-9b4a-3e4862201c75

 

Alhamdulillah saya sendiri bersyukur kerana telah di beri kepercayaan oleh pihak SME CORP dan pihak – pihak lain untuk menjadi speaker untuk memberi ilmu, motivasi, semangat dan saya telah terlibat ke semua 10 venue di seluruh Negara.

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berjumpa peserta – peserta dan juga secara tidak langsung saya pun dapat mempelajari sesuatu permasalahan, cabaran yang mereka hadapi, dan saya yakin dan percaya usahawan – usahawan adik – adik saya, anda pasti Berjaya dengan berkat kesungguhan anda.

Bisnes adalah semangat dalaman yang akan kita perjuangkan.  Saya lihat  semangat mereka sangat tinggi walaupun program ini tamat  sehingga lewat malam. Saya dan mereka masih lagi bersemangat dan bertenaga serta saya dapat rasakan aura energy mereka di luar jangkaan saya sebenarnya. Saya juga ucapkan tahniah kepada semua peserta – peserta yang terpilih dan saya fahamkan lebih 4000 orang belia di Malaysia memohon untuk menyertai program tube ini, kerana TUBE 1 sehingga TUBE 3 memberi satu finger kejayaan yang sangat luar biasa.

Macam saya katakan tadi, 4000 orang yang memohon hanya 500 orang sahaja yang terpilih  dan di agihkan di hantar ke 10 pusat latihan bertempat di pusat latihan PLKN di 10 buah negeri Malaysia dan di agihkan setiap negeri mempunyai 50 orang peserta dan ini satu peluang yang baik bagi mereka.

Mereka bukan sahaja dapat pengalaman menimba ilmu, dapat pendedahan  semangat motivasi malah mereka juga di berikan dana dari pihak sme corp sebanyak RM15000  seorang untuk memulakan bisnes perniagaan mereka. Bagi saya ia adalah satu perkara yang luar biasa dan satu kelainan yang telah dilakukan serta pendekatan yang di ambil oleh pihak SME CORP.

Dan pada saya  RM15000 bukan satu perkara yang utama tetapi modal ilmu yang usahawan dapat sangat diperlukan dalam perniagaan. saya percaya ilmu yang diberikan oleh pihak sme corp  pada usahawan – usahawan semestinya bukan nilai RM15000 yang mereka akan dapat, malah saya percaya ramai bakal jutawan di kalangan belia akan di lahirkan melalui program ini.

Tahniah lagi sekali kepada semua dan saya harap usaha yang di lakukan oleh SME CORP ini membuka mata pihak – pihak lain supaya sama – sama contribute untuk melahirkan lebih ramai  lagi orang islam yang akan membayar zakat!.

 

Tahniah SME CORP !

65e3bc80-1fe8-4425-a9a0-d60ff4fe4a56

 

Komen Anda?

Close
Top