RANCANG PERBELANJAAN AWAL TAHUN ANDA DARI SEKARANG !

Assalamualaikum Semua !

Lagi beberapa minggu je lagi 2017 dah nak tinggalkan kita, pastinya 2018 tahun yang di nanti-nantikan oleh semua orang dengan azam dan semangat yang baru.

Ha..sebut je tahun baru, bagi yang dah berkeluarga pastinya runsing dengan perbelanjaan awal tahun mereka. Mana taknya nak berbelanja untuk anak-anak masuk ke sekolah, baju sekolah baru, beg sekolah, kasut dan alatan persekolahan. Bagi yang mempunyai lebih dari tiga orang anak mereka akan lebih lagi pening untuk membuat persiapan awal tahun.

Rancanglah perbelanjaan anda dari awal supaya tidak menyesal di kemudaian hari dan sediakan payung sebelum hujan. Jangan kata abang tak payung! Tips rancang perbelanjaan awal tahun. Tak kisahlah untuk persiapan anak sekolah ke, untuk yg bujang ke dan semua persiapan di tahun baru.

#1 Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)


Merancang adalah satu strategi asas yang perlu dilakukan. Kebiasaannya ramai yang tidak mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama TANPA perancangan kewangan yang betul. Ramai orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang.

#2 Simpan duit gaji awal


Perancangan awal perlu di teliti, pertamanya untuk keselamatan ramai yang menganggap berbelanja awal tahun satu perkara yang biasa. Tapi perlu beringat waktu berbelanja tu sebab nanti apabila duit dah habis baru nak menganga menunggu gaji seterusnya.
Tips mudah simpan gaji sebulan RM100 untuk perancangan belanjawan awal tahun anda. At least bila roadtax dan insurans mati nanti still boleh gunakan duit simpanan tu. Betul tak?

#3 Simpan duit kahwin


Mesti ramai di antara kita tahun 2018 adalah tahun yang dinanti-nanti, sebabnya perubahan hidup dari bujang ke alam rumah tangga. Bagi sesiapa yang mahu membina mahligai bahagia tahun depan ikuti langkah perancangan perbelanjaan ini.
Tips mudah, bila sudah tahu tarikh pernikahan yang telah ditetapkan, korang perlu simpan 20% drpd gaji korang setiap bulan untuk pastikan perbelanjaan cukup sampai hari bahagia korang. Tapi perlu beringat simpan juga duit untuk kehidupan selepas itu.

 

#4 Simpan duit rumah


Bagi sesiapa yang nak beli rumah pada tahun 2018, ianya adalah perancangan dan pelaburan yang bijak. Korang dah boleh slow-slow window shopping mana-mana property then comparekan harga dan mana yang berbaloi untuk korang.

Kesemua perbelanjaan tak kisahlah untuk tahun baru, takpun untuk masa akan datang, Korang perlu merancang terlebih dahulu, kemudian korang dah boleh buat buat simpanan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadilah pengguna yang bijak! Bijak merancang, bijak berbelanja dan yang penting jangan lebih-lebih.

 

#mykpdnkk
#caringministry
#penggunabijak
#bijakberbelanja
#janganlebihlebih

Komen Anda?

Close
Top