RESEPI JADI JUTAWAN ISLAM

 

Salam ramdhan karem semua, alhamdullilah kita dah masuk 2 minggu berpuasa, macammana puasa semua ok? Ada yang telajar sahur tak?? Ke tak bangun sahur langsung? Apa – apa pun saya doakan kita semua sentiasa di sihat walafiat. Oklah, untuk posting kalini, saya nak sharekan kepada anda semua resepi menjadi jutawan islam, eh?? Ni bukan resepi juadah berbuka puasa taw.. jangan silap baca..hehe

Untuk menjadi seorang jutawan islam yang hebat, kita kene ikut semua resepi  yang Rasulullah S.A.W ajarkan kepada kita,

kenapa Rasullullah S.A.W? Haa..

lupa la tu… Rasulullah S.A.W kan seorang usahawan jutawan islam yang Berjaya, ingat lagi tak macamna Rasulullah bermusafir untuk berdangang? Kalau tak ingat saya akan share untuk next artikel.

Tahu tak apa resepi kejayaan Rasulullah S.A.W menjadi seorang usahawan yang sangat Berjaya?? lepas saya buat research mengenai resepi kejayaan ni, sebenarnya Rasulullah menggunakan “senjata 3S”.  actually banyak lagi senjata yang Rasulullah gunakan tapi harini saya nak share 3S yang asas  untuk lahirkan Jutawan Islam.

 

RESEPI#1  : ‘Sekat Sifat Qanaah’

11inilah-tanda-qanaah-vs-rakus-terhadap-harta (1)

Banyak pendapat ulama mengenai maksud qanaah ni, antaranya adalah daripada “Muhammad Ali Al-Tarmizi:Qanaah ialah jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya. “Bishr al-Hafi:Qanaah ibarat raja yang tidak akan bertakhta kecuali di hati orang Mukmin.”

secara kesimpulannya, Qanaah bermaksud  sifat berasa cukup dan puas, dengan kurniaan Illahi walaupun manusia mengatakan sedikit secara zahirnya.

Oleh itu, sifat Qanaah perlu diterap dan disemai dalam hati setiap usahawan Islam.  Sifat ini memberi kesedaran untuk menjadi usahawan, berasa puas dengan kurniaan Illahi walaupun mengikut pandangan manusia adalah sedikit.

Usahawan hendaklah mempunyai ketenangan hati dan jiwa.  Untuk mencapai ketenangan hati, dalami sifat Qanaah.  Bidang keusahawan adalah suatu bidang yang ada pasang dan surutnya.

 

Senjata #2: ‘Sistem Penyampaian Gaya Rasulullah S.A.W’

introduce

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Islam berkembang bukanlah dua atau tiga hari.  ianya mengambil masa bertahun-tahun.  Dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w menggunakan pendekatan secara bijaksana, bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah s.w.t. antara pendekatan yang rasulullah s.a.w ambil seperti :

  1. ‘Bijak Dalam Sampaikan Ilmu’

Dalam menyampaikan ilmu, penyampai tersebut haruslah mempunyai ilmu terlebih dahulu.  Ini mungkin sesuai dengan pepatah ‘Cakap Tak Serupa Bikin’.  Di mana, mereka hanya pandai dalam menyampaikan ilmu namun mereka sendiri tiada ilmu tersebut.

Saya ambil contoh, Si ‘A’ tiada pengalaman dalam perniagaan.  Dan tidak pernah berniaga sebelum ini.  Beliau berminat untuk mengajar Si ‘B’ tentang ilmu pemasaran.  Ini akan memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada penyampai tetapi kepada individu yang menerima ilmu tersebut.

2. ‘Bersungguh-Sungguh Martabatkan Ilmu’

Sikap memainkan peranan dalam hal ini.  Sikap pengajar perlu diubah daripada sambil lewa kepada bersungguh-sungguh.  Ini secara tidak langsung memberikan gambaran yang lebih positif terhadap pengajar.

Selain itu, apabila sikap bersungguh-sungguh ini diterap oleh pengajar, ilmu yang disampaikan akan lebih mudah diterima.  Dan apabila ilmu mudah diterima, secara tidak langsung memberi kesan mendalam kepada penerima.

      3. ‘Ikhlas Hanya Kerana Allah s.w.t’

Semua perkara perlu ikhlas.  Lebih-lebih lagi dalam menyampaikan ilmu.  Apabila pengajar menyampaikan ilmu secara ikhlas, secara tidak langsung ia akan mewujudkan dua elemen sebelum ini iaitu bijaksana dan bersungguh-sungguh.

 

Senjata #3 : ‘Set Minda Jutawan Islam’

millionaire-mind-keychain

Bagi mencapai sesuatu kejayaan yang diidamkan, seseorang usahawan harus mempunyai impian yang jelas.  Setiap kejayaan yang besar bermula dengan impian yang kecil.

Setiap daripada kita mempunyai impian yang berbeza-beza.  Ada di antara kita yang ingin menjadi kaya.  Ada di antara kita yang ingin menjadi terkenal.  Ada di antara kita yang ingin menjadi jutawan.  Dan pelbagai lagi impian yang ingin dicapai.

Namun, impian hanya jadi mimpi di siang hari sekiranya kita tidak aktif menggambarkan kejayaan dalam minda kita.  Maksudnya di sini, setiap impian harus mempunyai matlamat yang jelas apa yang mahu dicapai.  Impian tersebut juga harus mempunyai visi yang padu.

Contohnya sekiranya ingin menjadi jutawan, impian tersebut harus jelas dengan matlamat.  Contoh matlamat, ingin membantu keluarga yang hidup serba kedaifan.  Dan impian tersebut juga harus mempunyai visi yang padu.  Contohnya, visi adalah ingin menjadi jutawan dalam masa 5 tahun atau kurang dari itu.

 

 Gambarkan Kejayaan Anda Sekarang

Jika mahu menjadi seorang jutawan yang berjaya. Gambar diri anda dalam persekitaran yang mewah memegang akaun bank yang penuh sumber pendapatan yang mencecah jutaan ringgit.

Dan proses membayangkan kejayaan anda harus jadikan satu aktiviti yang berterusan! Seorang penulis di Barat menceritakan bahawa bagaimana jurulatih peribadi beliau melatih diri agar impian yang dipendam dapat dicapai.

Jurulatih tersebut hanya menyebut perkataan ‘I want to become rich’  setiap kali melangkah tangga di pejabatnya.  Dan impian yang diucapkan setiap kali melangkah tangga kini telah tercapai.  Jurulatih peribadi penulis tersebut kini merupakan salah seorang jutawan dalam produk kesihatan.

Last sekali  untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling asas adalah mentaliti kita.  Anggaplah kita sudah berjaya walaupun ianya adalah impian.  Dan jadikan impian tersebut menjadi kenyataan.  Insya-Allah.

 

Komen Anda?

Close
Top