SAYA DI AJAR OLEH TUAN FIZO TEKNIK MAKAN GAJAH DAN TEKNIK MAKAN KATAK..

Saya merupakan perantau mencari rezeki di tempat orang banyak membantu mematangkan minda saya tapi bukan mematangkan jiwa saya. Saya dah lebih 15 tahun buat perniagaan dalam bidang IT ni. Apa sahaja yg melibatkan jualan dan perkhidmatan, penyelenggaraan komputer serta perisian, sebut sahaja jenama apa semua kami ada, Sampai satu tahap saya dah jadi tepu tiada idea langsung nak kembangkan perniagaan saya.Atmosfera ekonomi Malaysia agak mencabar kini, tempiasnya terasa sejak 2015 lagi, keadaan perniagaan saya semakin tertekan, kontrak kerajaan tidak disambung, jualan semakin merosot, pekerja semua lari,  apa sahaja buat semua tidak jadi..semakin hari semakin parah, saya masih bertahan sebab saya sudah buat keputusan tidak akan pulang ke kampung dengan keadaan teruk macam ini.

Saya terus kan jua halangan dan rintangan ni dengan penuh harapan agar  satu ketika ianya akan reda dan bertambah baik.  Alhamdulillah  perit  saya selama 2 tahun ni perlahan-lahan menurun,

Satu persatu perkara positif datang seperti adanya pekerja baru  yang betul-betul memberi komitmen, sedia membantu, kawan-kawan sekeliling memberi sokongan moral, ditemukan dengan mentor yang membantu menemui cara untuk design perniagaan saya supaya lebih releven dan berdaya saing dengan syarikat IT bangsa lain.

b0116768-ad87-41fc-9a42-9bfac0e51cf2

Perniagaan saya ini berkisar dengan dunia digital dan inovasi teknologi, mustahil akan pupus, sebab semakin hari semakin berkembang, menjadi kerugian besar sekiranya saya tidak uruskan dengan betul dan tepat. Sejujurnya pada mulanya agak berat untuk menyertai BYB sebab saya tidak jelas dengan patern perniagaan komputer saya ni.. tapi setelah berjumpa dengan Tn. FIzo, “mindset” saya terus berubah 360 darjah. Bermaksud kita boleh memiliki apa sahaja yg kita impikan tapi kena ada mentor yg boleh membimbing dan diri kita sendiri sedia berubah seiring dengan mentor terapkan.

Setelah saya menyertai BYB bergurukan Tn. Fizo dan Tn. Talib, terbit lah pelbagai  idea yang sebelum ini tak mungkin dapat menjangkau minda saya, fikir luar daripada kotak dan kemampuan saya sendiri”,try and adjust”. Saya mula mencorak apa yang dipelajari daripada BYB seperti teknik GAJAH, EAT FROG, CLOSING SALES diimplemenkan ke bisnes saya. Kepuasan ini memang sukar diluahkan, sejujurnya saya serasi dan sebati dengan teknik GAJAH, sungguh berkesan seperti air sungai mengalir ke muara.

392368bb-ba44-451f-867e-e80255890401

Saya amat bersyukur dengan perkembangan ini dan tidak sabar menantikan perisian sulung saya “BUSINESS DATABASE” khusus kepada usahawan-usahawan di luar sana agar dapat membantu mengendalikan kaedah pemasaran dengan lebih efisien dalam era digital sekarang.

Kehidupan saya juga turut tercalit dengan perubahan positif, saya berbangga dengan perubahan ni iaitu dapat membayar zakat setiap bulan sepertimana diasuh oleh mentor saya Tn. Fizo, menjaga ibu saya, memberi keutamaan kepada keluarga, menjaga kebajikan pekerja dan menjaga silaturrahim dengan sahabat-sahabat kesayangan saya. Hidup saya lebih sempurna bila hati tidak memikirkan perkara-perkara yang berbaur negatif.

Komen Anda?

Close
Top