“SAYA ‘DIHANTAR’ SESUATU” – FIZO OMAR

“Encik Fizo ada seseorang bagi ni pada En.fizo”- staff saya di FizoMawarKitchen sampaikan ‘barang’ itu pada saya. So bila mula-mula tengok ni pelik la siapa bagi aku tin biskut dengan dua botol jus oren dan jus epal dalam plastik macam itu je. Bila tanya siapa bagi semua kata tak tahu tak dikenali , dia amanahkan suruh serah kepada En.Fizo. So untuk tak nampak pelik saya pun ambil la, saya pun bawa balik rumah . Dalam perjalanan balik rumah tu duk fikir-fikir la siapalah yang bagi aku tin biskut dan air dalam botol dengan plastik macam ini. So sampai la di rumah , nak bawa masuk rumah rasa macam aihh tak sedap hati la “apa benda la ada dalam ini , siapalah yang bagi “ so gagahkan jugalah bawa masuk dalam rumah tunjuk pada mama dan mawar semua macam suspicious la , ye la saya sendiri pun macam pelik la apa benda ada dalam ni dan tin biskut pula tak ada sticker yang macam belum dibuka tapi tin biskut ni tak ada that mean ia dah dibuka . “Kenapalah nak bagi aku biskut”? dan apa ada dalam tin ini? Adakah biskut? Macam pelik sangat . So bawa masuk rumah ye la dengan perasaan yang sangat tak sedap hati, ye la zaman sekarang ini kan macam-macam boleh terjadi lagi-lagi orang yang tak kenal bagi kita makanan ke minuman ke bukan sebarang. Jadi tak ada sesiapa pun berani buka tin biskut dan air tu biar je atas meja. Dan malam tu saya sampai tak boleh tido . Bukan tak boleh tidur sebab apa , tapi duk terfikir apa benda la ada dalam tu? Dan siapa bagi ? dan dengan pula tak kenal bawa masuk dalam rumah sampai tak boleh tidur duk fikir. So tak apa la,keesokkan harinya sibuk dengan meeting lepas tu esok harinya pula dengan ada shooting so tak sempat la just ignore benda tu tapi terfikir la nak buang macam “ish sebenarnya tak tahu nak buat apa”. Lepas tu terfikir kalau betullah makanan ingat nak buang tak sampai hati takut orang berniat baik ke apa ke then nak decide nak bagi kepada sesiapalah pakguard depan rumah ke apa ke atleast diorang boleh makan tak ada la membazir tapi hati rasa macam “ ish ada sesuatu la” so biarlah dekat rumah macam tu je dekat rumah sampai dua hari.

“HABIS AYAT ALQURAN DIBACA SEBELUM MEMBUKA TIN TERSEBUT”

Mak saya ini punyalah tak sedap hati tapi beranikan dirilah untuk membuka tin tu katanya bersama dengan Mawar tapi sebelum buka habis semua ayat al-quran dah baca pelindung kononnya. So dah baca macam-macam jenis ayat tu bukalah tin tu. Bila buka tin tu rupa-rupanya ada buku yang sangat tebal!! Lagi suspen !! buku apa ni? Buka-buka ada pula sekeping surat dan mak saya pun yela tulisannya pun tulisan tangan dan english so biasalah mak saya orang kampung tak power sangat english dia paham tak paham la. So saya balik dekat pukul 1 tu mak saya bagi tin tu. “Kenapa ma buka tin ni , bahaya la apa semua . Tak! Dalam ini ada buku , buku apa? Buka-buka tin tu ada la buku dan sekeping surat. Rupa-rupanya ini adalah first time saya terima hadiah yang sangat istimewa sangat pelik sangat rare iaitu adalah daripada salah seorang ex-staff saya di Fizo Omar Channel Sdn Bhd. Namanya NADIA , so saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak nadia never miss walaupun dia dah tak bersama dengan team Fizo Omar Channel tapi dia masih ingat birthday saya dan setiap kali birthday wish dan hadiah yang dia hantar mesti pelik-pelik dan suspen. Dan surat yang dihantar kepada saya itu menyentuh jiwa dan emosi saya. Banyak jasa nadia pada saya pada company saya FOC. Masa itu nadia adalah first batch staff saya yang masa itu company baru nak ditubuhkan masih struggle lagi so nadia susah payah susah senang sama-sama . kadang –kadang ye la company baru ditubuh masa itu. Macam –macam cabaran dan rintangan tetap juga bersama saya sehinggalah nadia terpaksa undur diri ke untuk menyambut belajar di peringkat Master dan sampai sekarang saya masih mendoakan supaya ALLAH menggantikan saya seseorang sehebat Nadia yang sangat banyak memberikan kerjasama dan inspirasi kepada saya untuk terus berjaya sehingga sekarang.

 

 

“HAMPIR SEJAM NAK KELUARKAN BUKU TU”

 

Unik, unik juga tapi nak masuk memanglah senang tapi nak keluarkan buku tu amik masa sejam jugaklah. Hampir pukul 1 pg,saya dan mak duk proses nak keluarkan buku tu daripada tin. Kan mulut tin tu sempit,memang terkial kial la nak keluarkan buku yang tebal tu. so last-last saya terpaksa belah dengan pisau dan keluarkan buku tu payah juga la dan inilah hasilnya korang tengoklah gambar yang share. Minta maaflah pada JACOBS kerana merosakkan brand korang dan kepada nadia terima kasih saya appreciate sangat-sangat kerana beri saya hadiah yang sangat rare dan buku tu saya sangat suka even hari ini saya dah penat tapi still tak boleh tidur kalau boleh nak habiskan terus baca buku ini tapi untuk first time saya baca buku ini memang sangat exciting dan insha-allah saya kan cuba habiskan secepat mungkin dan kalau boleh lepas ni kalau nak buat surprise cari la tin besar sikit sampai kena ambil pisau ambil gergaji potong tin tu sebab nak keluarkan buku awak, tapi of course la benda-benda yang unik macam ini saya akan ingat bila-bila dan saya percaya hadiah awak pada saya yang tak pernah saya terima sebelum ini akan mengubah hidup saya dengan ilmu yang ada dalam buku tersebut. So lagi sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab bagi hadiah sebab masih ingat saya masih ingat team Fizo Omar Channel dan saya selalu mendoakan awak semoga berjaya murah rezeki dan saya harap in future kita akan bekerja sama lagi .

 

TERIMA KASIH NADIA !

TERIMA KASIH NADIA !

 

JAZAKALLAH semoga allah merahmati dan berkati usaha awak dan teruskan memberi manfaat kepada orang lain yang perlukan.

 

 

Komen Anda?

Close
Top