SAYA TAK BOLEH TIDUR MALAM LEPAS JOIN KELAS COACHING TUAN FIZO!

Mula minat nak berbisness ni masa tahun 2014, masatu saya jual produk orang. Sampai sekarang saya masih menjadi agent menjual produk sebagai pendapatan sampingan. Dalam masa yang sama saya buat tempahan bakery dari kawan – kawan terdekat. Target customer saya hanyalah rakan – rakan, jiran dan orang – orang sekeliling saya. Masatu saya tak reti nak promosikan barang saya, even marketing pon saya  tak pandai nak buat. Serius saya katakan saya memang tiada ilmu dalam bidang bisness dan marketing.

Bagi saya bisness adalah jual beli di antara penjual dan pembeli. Penjual menjual dan memberikan sesuatu yang bermanfaat.

SYB &  BYB NEW CHAPTER DALAM HIDUP SAYA.

img_3283

Saya Nampak bisness bakery saya boleh pergi jauh di sebabkan saya tiada ilmu tentang bisness dan marketing. Saya sedar kalau saya duduk sahaja tiada apa – apa perubahan dalam hidup saya sampaikanlah satu hari saya Nampak iklan di page fizo omar mengenai seminar start your business dan saya decide untuk join SYB.

SYB banyak mengubah cara hidup saya dari seorang yang tak tahu tentang bisness dan marketing kepada orang yang tahu ilmu bisness dan marketing.

Tuan Fizo banyak bagi input – input yang bernas mengenai bisnes dan marketing. Bagaimana nak start bisness, produk apa yang sesuai di bisnesskan. Saya belajar teknik closing, how to deal with supplier dan banyak lagi.

Di sebabkan Tuan Fizo langsung tak lokek ilmu, saya terus join ke kelas advance beliau. Semasa di BYB jujur saya katakan BYB dapat buka minda saya untuk aktifkan perniagaan saya yang sedia ada yang mana dulu saya rasa baking – baking ini hanyalah main – main dan suka – suka sahaja.

Lepas je kelas SYB Tuan Fizo saya tak boleh tido malam. Fikiran saya ligat berfikir untuk nama bisness saya akhirnya terilhamlah “Fatin Delight”

BYB

img_3259

“Fatin Delight” daripada baking kek, tartlets saya tambah lagi satu bidang  bisness iaitu “lunch box delivery”

Saya dah mula berani mengambil staff, bermula dengan tukang masak dan di ikuti runner untuk delivery.

Alhamdulillah dari hari ke hari Fatin delight mula dikenali ramai. Bermula dari 2 buah sekolah sekarang hampir 10 buah sekolah di kawasan ampang menempah lunch box dari fatin delight.

Saya sangat teruja, target saya dalam sehari 10 hingga 20 box untuk lepaskan bayar gaji pekerja. Tetapi minggu pertama sahaja tempahan lunch box saya sudah mencecah 35 hingga 50 box, sekarang lunch box saya sudah hampir 3bulan di perkenalkan dan mendapat tempat di hati costumer.

img_3278

Alhamdulillah saya juga menerima permintaan untuk small event, dan small catering. Dan mungkin saya akan develop diri saya  dan saya akan cuba membuka satu lagi bisness catering untuk masa akan datang!.

Saya tak dapat semua ilmu ni kalau saya tak pergi ke syb. Dengan ilmu tula saya berani bertindak! Daripada suka – suka terus menjadi income hidup saya !

 

Terima kasih Tuan Fizo !

 

Komen Anda?

Close
Top