‘SAYA TERGODA’- Encik Sang

“IYA, SAYA TERGODA DENGAN SEMANGATNYA”.. bicaranya memulakan kisah.

Selepas balik dari Seminar BYB, lelaki ini nekad buka company dan akhirnya lahirlah Hybrid Nutrilab Sdn Bhd, memasarkan produk pembakar lemak terhebat Elite S7 Hybrid Fat Burner.

 

WhatsApp-Image-20160516 (2)

Mungkin ramai lagi yang belum kenal founder Hybrid Nutrilab/Elite S7 ni. Namanya Encik Norhisham Nordin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Encik Sang. Berambut panjang adalah identitinya. Tapi bukan calang-calang mat rock. Ini seorang mat rock yang berwawasan.

Pada sesiapa yang dah kenal Encik Sang, maybe ramai dah tahu kisah hidupnya. Tapi kali ni biarlah saya cerita balik jatuh bangun Encik Sang dalam kehidupan dan bisnes.

Fast reversed back to 11 November 2011 waktu berumur 35 tahun Encik Sang telah mengalami kemalangan yang menyebabkan dia terlantar di hospital selama seminggu. Menerima 35 jahitan di bahagian muka dan hilang ingatan selama 3 hari akibat impak di bahagian kepala.

WhatsApp-Image-20160516 (1)

Yang tragisnya balik dari hospital, masuk opis dengan muka berbalut, tengok gaji kena potong separuh. Kecewa dengan company lama, Encik Sang nekad untuk berhenti kerja.

Selepas berhenti kerja pada December 2011, dia terpaksa pulang ke kampung Dungun bawa anak-anak balik. Isteri pula terpaksa stay di KL dan menumpang di rumah adik kerana kerja. Tapi tak lama lepas tu isteri pun terpaksa berhenti kerana tak sanggup berjauhan dengan anak2..

Waktu tu Encik Sang belum kenal lagi facebook ads. Yang dia cuma tahu mudah.my dan Lelong.com. Maka bermulalah episod kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Sangat perit hidup waktu itu.

Tiada duit, tiada modal, terpaksa berniaga dgn konsep dropship. Dapatlah income RM20, RM30 sehari. Itulah duit sara makan 3 anak. Kadang-kadang tak dapat sales langsung disebabkan persaingan. Bergenang air mata Encik Sang tiap kali teringat waktu tu.

Tapi Encik Sang tahu… Allah takkan uji hambanya saje2.. suka2..
Kena banyak bersabarlah walaupun selalu down. Kejayaan bukannya sekelip mata.
Pengalaman adalah ilmu yang berharga.

5 tahun lepas Encik Sang struggle cari duit belikan susu utk anak keciknya. Tapi seorang ayah akan sanggup buat apa saje utk anak-anak.

Dari situ dia nekad. Duit dari dropship dikumpul hingga dpt beli stok sendiri. Keuntungan makin bertambah dan duit itulah Encik Sang gunakan utk cari ILMU.

Pada 2013 Encik Sang berpeluang utk berguru dengan Sifu Jamal SifuFBads. Dari situ Encik Sang mengaplikasikan ilmunya hingga berjaya menaikkan sales beberapa produk kesihatan. Walaupun pada masa itu, dia bukanlah owner pada produk tersebut tapi dia tahu pengalaman serta ilmu adalah sesuatu yang sangat berharga.

Encik Sang sebenar sejak dari 2013 dah bercita-cita untuk buka sebuah company dan ada ramai pekerja. Tapi ada perasaan bimbang jika company itu tidak dapat bertahan. Niat tu terpaksa disimpan dalam hati SEHINGGALAH pada April 2014 dia berpeluang untuk mengikuti satu seminar yang dinamakan SEMINAR SYB (Start Your Business) yang diilhamkan oleh Sifu Jamal dan Sifu Fizo Omar.

Tanggapannya pada ketika itu Fizo Omar adalah artis yang sudah dikenali dan pastinya tidak susah seorang artis untuk menggunakan populariti menarik ramai orang untuk datang.

WhatsApp-Image-20160516 (3)

Sebab asal kedatangannya adalah kerana Sifu Jamal. TETAPI selepas menghadiri seminar SYB tersebut barulah dia SEDAR yang Fizo Omar bukanlah calang-calang orang terutama dalam ilmu bisnes. Gurunya ramai dan terdiri dari mereka yang sangat hebat dalam bidang korporat masing-masing. Bila dengar cerita bagaimana dia berhutang RM 8 JUTA, masa tu Encik Sang membandingkan ujian yang diterimanya dengan apa yang dialami oleh Fizo Omar. Barulah dia dapat rasakan yang ujian yang dialaminya sebelum ini sangatlah ringan berbanding dengan apa yang dihadapi oleh Fizo Omar. Dalam hatinya berkata… HARUS BERGURU dengan Fizo Omar!

Habis jer seminar Encik Sang terus mendaftarkan diri untuk mengikuti program 3 hari iaitu BYB (Boost Your Business). Nyata sekali pelaburan yang tidak sia-sia. Dari program itu dia belajar mengenali potensi diri. Bagaimana minda ini beroperasi. Bagaimana untuk memprogramkan diri supaya setiap kejayaan yang akan berlaku adalah bermula dari kepercayaan yang kukuh. Ilmu ini dihadam dan dipelajarinya dengan bersungguh kerana dia tahu inilah ILMU YANG HILANG sebelum ini.

Selesai program BYB, sesuatu yang luarbiasa berlaku dalam dirinya. Dia lebih yakin dengan kemampuan diri. Dia akhirnya faham untuk kaya dan berjaya dia perlu terlebih dahulu memberi nilai pada ramai orang. Hidup bukan hanya ada ilmu. Tetapi ilmu perlu dipraktikkan dengan TINDAKAN.

Seminggu selepas tamat program BYB, Encik Sang dipertemukan dengan Puan Nadia datang berjumpanya untuk joint venture satu produk kesihatan yang dikenali sebagai Elite S7. Selepas sebulan mengenali hati budi Puan Nadia, akhirnya Encik Sang bersetuju dan akhirnya terbinalah HYBRID NUTRILAB SDN BHD memasarkan produk Elite S7.

WhatsApp-Image-20160516Kalau tak kerana program BYB, mungkin Encik Sang ragu-ragu untuk membuka sebuah syarikat sdn bhd. Tapi selepas mendalami ilmu dalam kelas 3 hari tesebut, dia yakin kejayaan sebenarnya adalah terletak pada keyakinan dan kerja keras. Keyakinan itu diperolehi dari kelas 3 hari BYB, manakala kerja keras itu belajar dari pengamatannya terhadap sifu Fizo Omar sendiri Encik Sang sebenarnya sangat kagum dengan kesungguhan sifu Fizo Omar membangunkan Hot Burger dan syarikat-syarikat dibawah naungan FOC.

Sejak dari hari itu dia nekad untuk berjaya seperti sifu Fizo. Encik Sang rasa pelik setiap kali dia berjumpa dengan sifu Fizo Omar dia seperti meresap aura yang sangat positif. Pada setiap pertemuan sifu Fizo banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar, dan nasihat2 inilah yang banyak membantu Encik Sang membuat keputusan demi pengembangan bisnes Hybrid Nutrilab.

Banyak lagi yang Encik Sang nak kongsi pengalamannya selepas menghadiri seminar SYB dan kelas 3 hari BYB. Tapi berkongsi pengalamannya sahaja tidak berguna jika ramai yang terlepas seminar SYB ni nanti. So dia sarankan sangat-sangat pada yang baru nak berniaga atau yang dah lama berniaga, datanglah beramai-ramai ke majlis ilmu ni nanti. Banyak perubahan akan berlaku especially dalam pemikiran bisnes anda. Sifu Fizo berjaya membuang mentaliti bisnes silibus lama, dan menggantikan dengan silibus baru yang sesuai dengan peredaran masa sekarang.

“InsyaAllah anda akan berterima kasih kepada saya selepas anda menghadiri seminar SYB ini” kata Encik Sang mengakhiri perbualan.⁠⁠⁠⁠

Andai ada peluang, bergurulah..

Seperti yang diceritakan oleh Encik Sang kepada saya.

Talib Husin

syb 2.0 blinking

 

Komen Anda?

Close
Top