3 SEBAB UTAMA PUASA KITA SIA-SIA

Salam semua, puasa tak harini? Sahur tadi bangun tak? Makan apa? Hehehe…harini saya nak cakap pasal perbuatan yang mungkin kita sering lakukan tapi kita tak sedar dia jadi sebab puasa kita sia-sia. Buat apa puasa dari pagi sampai petang, lapar kebulur, tapi pahala yang ibarat tak buat ibadah apa-apa..dan mungkin juga lagi bertambah dosanya kalau tak diubah..Apakah perbuatan tu?Yang sebab ketiga orang selalu terlepas pandang. Jom baca! 

 

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib)

 

Tak solat

1

 

Solat ni perkara wajib yang setiap orang kena buat. Dari kita kecik sampai kita besar mak dan ayah kita berleter suruh solat. Kadang-kadang sampai kena balun, kena kejar satu rumah pasal kita liat sangat nak solat. Pasal apa orang liat nak solat? Pasal dema tak nampak kelebihan solat ni, pasal tak nampak lagi effect dia pada jiwa dan tubuh badan. Sebab apa tak nampak? Tak rasa? Sebab tak cukup sayang kat Tuhan.. kalau dah rasa sayang kat Tuhan kita takkan buat macam tu…macam kita sayang orang, kita tak nak dia terasa atau berkecil hati. Kita akan cuba buat apa yang dia suka dan elak apa yang dia benci. Nak berkasih dengan Allah, Tuan pemilik hati kita ni samalah jugak..patutnya kena sayang lagi lebih…Solat tu adalah tiang asas untuk Muslim..bila kualiti solat down, kualiti hidup kita pun akan down jugak.  Macam-macamlah masalah tang sana tang sini…hati pun rasa tak tenang. Cuba solat dengan khusyuk, dah habis solat luahkan semua kat Tuhan. Mesti rasa tenang dan mudah redha kalau masalah datang kot mana pun. Sebab rasa percaya pada Tuhan sangat kuat, rasa sayang pun kuat so kita akan sentiasa tenang kalau kita jaga solat.

Sama jugak bagi yang suka lengah-lengah solat…kenapa selalu solat lambat, sibuk sangat ker? Memang tak boleh letak tepi dulu ker? Kalau macam tu takpelah..kalau Tuhan pun kabulkan doa kita lambat-lambat pun takpela kan? Sebab dia ada berjuta trillion lagi hamba-hamba dia yang berdoa yang harap dia makbulkan segera pada waktu yang sama kamu tak solat atau lengah-lengahkan solat. Kadang-kadang effort dorang lagi extra melampau daripada kita yang solat ala kadar and kalau boleh nak baca Al-Fatihah je cepat-cepat. Tahla, korang fikirlah balik macam mana korang layan orang yang korang sayang…mak ke ayah ke, suami ke isteri ker, hatta makwe pakwe sekalipun…FIKIR! Adakah tu cara yang sama korang layan ALLAH…kurang atau lebih? Sebab kalau kurang cara korang layan DIA daripada dia-dia yang lain, something goes wrong somewhere my dear readers. Salah tu…dia yang tak pernah tinggalkan kita time kita sedih, patut ke kita tinggalkan dia time happy, time sedih je reti cari balik? Fikirkanlah, kalau manusia dah lama fed up dengan kamu tau! Tapi Allah tak macam tu, sejahat mana pun kamu, selalai mana pun kamu, dia tetap bersabar, tetap pemurah dengan hambanya..Kalau tak kejap je dia ambik balik nikmat yang dia bagi pinjam kat awak. Dan dia sangat jeles kalau awak sayang dia lebih dari benda lain..Comel kan?

Satu lagi, mungkin  korang solat tak tinggal, selalu juga solat on time, tapi s ebab tak bagi penghayatan sepenuhnya masa solat, tak khusyuk senang citer. Selalu terganggu dengan fikir benda-benda lain masa solat..ni pun kena atasi jugak..memang payah saya tahu..kadang-kadang time solat tu lah turun ilham nak settle masalah yang kita dok serabut tu kann..haha..tu semua keja syaittoonnnnn..jangan layan…cubalah untuk khusyuk…sebelum solat fikir kejap..aku ni selalu sibuk…banyak benda tak buat, banyak lagi tak setel…solat 10 minit ni la waktu yang aku free nak jumpa Tuhan…so kena buat solat betul-betul nih…10 minit je pun..kalau jumpa makwe pakwe 10 minit je tak cukup kan? Dengan Tuhan apatah lagi…takkan nak berkira kot. Solatlah betul-betul,baca betul-betul, doa betul-betul time dating dengan DIA …. OK?

 

Hisap rokok

 

3

 

Ni memang masalah wajib almost seluruh populasi Adam…yang Hawa pun ada jugak tapi jarang-jarang…ramai kan hisap rokok…tak rokok vape…bulan puasa ni sebenarnya masa paling afdal nak bersara daripada hisap rokok sebenarnya. Tapi ramai tak amek peluang ni untuk berubah. Rasanya semua orang tahu kot, hisap rokok ni haram..haramlah dah namanya membahayakan kesihatan…tapi ramai hisap gak..faham..kalau serabut, ada masalah..hisap rokok at least rasa dapat lupa kejap..rasa ringan sekejap, ibarat masalah kita keluar macam asap tuh..orang ada banyak sebab kenapa orang pilih untuk hisap rokok…ada gak yang saje-saje nak ikut orang..nk style..entahlah..terpulang..sebab last-last nanti anda yang akan bertanggungjawab untuk diri anda sendiri..dengan pilihan yang anda buat..cuba fikir balik…banyak benda yang haram dari segi agama sebenarnya dah terbukti secara saintifik memang membahayakan kita..nampak tak Allah sayang kita,sebab tu la haram..cubalah berhenti hisap rokok ni. Time posa, ramai orang tau kalau hisap rokok batal posa…ramai kan boleh tahan..tapi…time time dah buka posa..qadha sampai satu rumah jadi serombong kapal….takde beza pun kita sedaya upaya tahan diri..posa tak makan, tak hisap rokok…tapi belah malam qadha macam tak ingat dunia…qadha solat pun belum tentu lagi nak bersungguh macam tu..kan? kan? kan? hahahaha ….Hisap rokok ni banyak buruk dia dari baiknya…cubalah untuk berhenti secara permanent…Ingat kat orang yang kita sayang..apa akan jadi kat diorang kalau ada apa-apa jadi kat kita sebab rokok? Kalau tak cukup sayang orang tu untuk hentikan kita dari merokok, cukuplah fikir sayang kita kat diri sendiri…berhentilah..banyak boleh save duit…boleh buat gi melancong sana sini…huhui

 

 Mind your own business

2

Ha..konsep macam ni ramai mak jemah mak jemah kat luar sana tak setuju..tapi inilah sebab ketiga puasa kita tu sia-sia…cukup-cukuplah menyibuk hal orang. Banyak sangat ke masa free kita nak ambil tahu apasal orang lain yang bukan family kita, kawan rapat kita,jiran kita..bukanlah maksud saya jangan ambik tau hal orang lansung…kalau betul ambil berat, prihatin..tak kisah…tapi yang jadi masalahnye kita ni, nak ambik tahu yang buruk je….dah buruk lagi burukkan dengan bagitau orang lain…jangan macam tuh…letak diri kita dekat tempat orang tu..kalau ada benda buruk pasal kita, kita malu tak nak bagitau orang? Kita suka tak orang tahu benda yang memalukan kita? Kalau kita tak suka dimalukan, diburukkan..tak suka orang cakap pasal kita, kita pun janganlah buat macam tu…bila dengar orang lain mengumpat, mengata mengutuk, cuba elak join sekaki..kalau dah terdengar jugak tu…senyap jelah…takyah nak gi hebah satu kampong…nak-nak lagi yang gatal tangan tu, cepat je like n share walaupun benda tu belum tentu betul…orang yang terlibat pun malu sekali..kan dah dapat share saham gelap kat akhirat nanti.. kalau kita jaga aib orang, insha-allah Allah akan jaga aib kita jugak. Kalau orang tak jaga aib kita takpelah..tu urusan dia dengan Tuhan…sabar je senyap-senyap. Perbuatan ni yang slalu orang terlepas pandang…somehow perbuatan nilah jugak paling senang nak buat dan paling payah nak elak..betul tak? Ramadhan yang mulia ni, ambiklah kesempatan nak jadi hamba dia yang lagi baik..elak daripada cakap buruk pasal orang..fikir buruk pun jangan…ingat satu je, kalau orang buat benda yang sama kat kita, kita suka tak? If tak jangan buat dekat orang jugak..hormat orang macam mana awak nak dihormati..kalau bulan puasa yang mulia yang semua orang pakat lumba nak buat baik ni kita tak boleh nak ubah perangai kita, bulan lain apatah lagi nak tinggalkan peel buruk kita. So,tukar style kita daripada Mak Jemah kepada Mak Takmuh Dah…Stay positive sokmo, OK?

Mungkin saja dia terlihat hodoh dan kotor,

Tapi mungkin saja hatinya yang paling cantik dan bersih sekali…

Mungkin saja dia yang paling kamu benci,

Tapi mungkin saja dirimu itu yang selalu dia kasihi…

Mungkin saja dia lantang mengkritikmu,

Tapi mungkin saja dia seorang yang ikhlas membetulkanmu…

Mungkin saja dia selalu memarahimu,

Tapi mungkin saja dia yang paling mengambil berat akan dirimu…

Mungkin saja dia banyak menyakitimu,

Tapi mungkin saja dia yang paling banyak disakiti sekali olehmu…

Mungkin saja dia kelihatan tidak endah akan dirimu,

Tapi mungkin sahaja dia sering mendoakanmu dilangit waktu…

Mungkin  saja perbuatannya terasa jelik pada pandanganmu,

Tapi mungkin saja dia sentiasa memandangmu dengan penuh kebaikan…

Mungkin sahaja dia yang sering kamu rendahkan,

Tapi mungkin tidak ada satu pun perihal kamu yang dia burukkan…

Mungkin saja dia diam membatu,

Tapi mungkin saja nanti dialah yang akan tampil membantu…

Mungkin saja dia terlihat sombong,

Tapi mungkin saja itu satunya cara untuk tidak melukaimu…

Mungkin saja dia kelihatan tidak senang denganmu,

Tapi mungkin saja dialah yang sering memuji dan mengagumimu…

Mungkin saja dia kelihatan gembira,

Tapi mungkin saja dia tabah menyembunyi luka…

Mungkin saja dia kelihatan tidak suka,

Tapi mungkin saja melihatmu bahagia, dia tumpang sama…

Mungkin sahaja dia kelihatan biasa-biasa,

Tapi mungkin saja namanya luar biasa di langit bukan di bumi…

Mungkin saja dia tampak seperti tidak punya apa-apa,

Tapi mungkin saja dialah yang sebenarnya ada segalanya…

Latihlah diri kita untuk melihat setiap orang, setiap perkara dengan kebaikan…segala yang terasa susah dan menyusahkan akan terasa lapang dan MUNGKIN SAJA DIRIMU ITU PALING DISAYANG TUHAN.

4

 

Sekian sahaja perkongsian saya harini…Terawih semalam macam mana? Buat penuh semangat ke buat ala kadar sebab ngantuk? Hahaha..Ibadah yang harini pastikan lagi baik daripada semalam…jom saling berlumba-lumba buat kebaikan…ajak kawan –kawan lain jugak..boleh share artikel ni untuk remind dorang…esok saya nak share pasal tip-tip nak berenti merokok pulak…nak tahu macam mana caranya? Stay tuned! Jangan lupa pergi terawih pulak…Boleh jugak dapatkan e-book rempit sales saya yang bernilai RM 79.90 secara percuma…tekan link kat bawah ni…Bulan-bulan posa ni meh pakat tambah ibadah, tambah ilmu, tambah pahala…Selamat Beribadah!

 

ebook

 

Komen Anda?

Close
Top