SEDEKAHLAH KALAU NAK KAYA.

 

Salam Ramadhan. sekarang dah masuk 10 malam terakhir, jom tingkatkan ibadah kita buru malam lailatur qadr.!! hah, nak cite ni, saya heran jugak ni… nak taw tak kenapa?? perkara yang saya heran dan rasa ajaib sangat tu adalah konsep bersedekah.

Makin sedekah………makin kaya…yeke???

Macam tak pecaya je??  tapi tulaa keajaiban sedekah.. Sedekah ni tak dapat di kira dengan menggunakan formula matematik. kalau dalam matematik, setiap duit yang kita keluarkan akan kurangkan lagi duit poket kita.
Tapi tak sama dengan konsep sedekah, setiap duit yang kita keluar untuk tujuan sedekah akan tingkatkan lagi duit poket kita.

Masih tak percaya lagi?? pasal keajaiban sedekah ni??oklah.. harini saya nak share dengan anda semua tentang  “syoknya sedekah : makin sedekah makin kaya”

Tahu tak??

Kebanyakan orang kaya atau jutawan mempunyai sikap atau tabiat suka sedekah bukan selepas mereka jadi kaya, tapi sebelum mereka jadi kaya lagi.

Amalan sedekah ni, bukan saja diamalkan oleh umat Islam, tapi semua agama di dunia ini juga menganggap sedekah adalah satu amalan yang mulia. Dan yang paling penting, anda tak akan jadi miskin dengan bersedekah.

Penambahan rezeki

Rezeki yang dimaksudkan bukan saja dari segi duit tapi semua perkara yang memberi manfaat kepada manusia seperti dapat anak, dapat hadiah dari kawan, badan yang sihat, bahagia dengan keluarga dan banyak lagi.
Cuma sedihnya harini, ramai yang menganggap rezeki tu hanya dalam bentuk duit sehingga tak bersyukur atas kurniaan yang ada.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

 
haa.. nak taw tak??  badan yang sihat pon adalah satu bentuk rezeki yang patut kita syukuri kerana kita sendiri tahu bagaimana seksanya berada dalam keadaan sakit semasa demam, terseliuh, kaki termasuk longkang.. ouch sakitnyaa.

hidupkan memberi 2

Sedekah untuk orang kaya?
Sedekah sebenarnya bukan sahaja untuk orang kaya tapi juga untuk orang yang ingin menjadi kaya.Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, orang kaya lebih mudah untuk beri sedekah. Oleh itu, jadikanlah cita-cita atau impian kita untuk menjadi kaya supaya kita lebih banyak bersedekah.

 
Pengurusan kewangan yang baik
Pastikan anda telah membuat satu bajet yang cukup setiap bulan sebagai sedekah terutama pada hari jumaat ketika solat jumaat untuk lelaki dimana itu adalah masa terbaik untuk anda bersedekah.

Selain itu, anda juga boleh memberi sumbangan kepada sekolah tahfiz atau pusat pembelajaran yang memerlukan sumbangan untuk sesi pembelajaran mereka.

Sindiket minta sedekah
ha…. yang ni femes sekali…Trend sekarang bila kita lihat di kedai-kedai makan akan ada beberapa orang yang akan menghampiri kita untuk meminta sedekah termasuk kanak-kanak kecil dan orang tua.

Pernah jadi viral di facebook, kanak-kanak yang meminta sedekah adalah satu sindiket untuk mengkayakan orang lain.

Takpela, biarkan mereka, kalau kita bersedekah kerana Allah dan nak bantu orang lain, kita akan dapat ganjarannya. Dan orang  yang terlibat dalam sindiket tu biarkan urusan mereka dengan Allah.
Jom, tambahkan amalan di bulan puasa, bersedekahlah kalau nak jadi kaya!

Komen Anda?

Close
Top