SIAPA KATA MODAL RM417.684 TAK BOLEH BUAT BISNES GEMPAK?

Siapa tak kenal bisnes owner KFC ?. Produk ayam gorengnya sangat meletup di seluruh pelusuk dunia. Dan di setiap packaging produknya menampilkan dirinya sendiri sebagai duta. Sebut je kat Negara mana yang takde jual KFC ni?? Tahu tak?? Macamana kisah disebalik sebelum kejayaan KFC ni? Pelbagai dugaan bisnes owner ni hadapi sehingga produknya meletup – letup di dalam dunia bisnes sehingga ke harini.

Hah… harini saya nak sharekan kepada anda semua kisah disebalik kejayaan KFC untuk kita semua lebih terinspirasi..

Colonel Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders dilahirkan pada 1890. Beliau  terpaksa menamatkan persekolahnnya ketika di Gred 6.Antara kerja yang pernah dilakukannya ialah menjadi petani, pembantu tukang besi, penjual tayar, penjual insurans, dan operator servis minyak.

92f97f2e3025ed0444767677384741b2

 

Pada tahun 1930 ketika umur beliau berusia 40 tahun, Sanders membuka sebuah stesen minyak kecil di Corbin, Kentucky. Di sini, beliau mula memasak untuk pengembara lapar yang singgah untuk mengisi minyak.

Masakannya sedap dan menjadi semakin popular di kawasan sekitar. Bagi memenuhi permintaan penduduk setempat, beliau mula memasak hidangan untuk keluarga yang tidak mempunyai masa untuk memasak.Sanders kemudian mengembangkan perniagaan dengan membuka restoran di Pekan Corbin, Kentucky.


Walaupubagaimanapun pembinaan lebuhraya yang baru di kawasan Corbin menyebabkan jumlah pengembara semakin berkurang.Berbekalkan duit pencen yang beliau ada, Sanders mula mempromosikan resepi masakan ayam gorengnya untuk dijadikan bisnes francais.

kfc-secret-menu-items-u1

Dalam tempoh 10 tahun, terdapat sebanyak 600 francais KFC di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1964, Sanders menjual kepentingan syarikat beliau dengan harga $ 2 juta kepada sekumpulan pelabur.

Sanders meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat leukimia pada tahun 1980.

Pesanan untuk usahawan di luar.

Peniaga haruslah bijak dan sentiasa berfikiran kreatif dalam mencipta kelainan. Perkara yang paling penting untuk menjadi orang yang berjaya adalah JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!Saya harap perkongsian ini dapat memberi sedikit motivasi kepada peniaga-peniaga diluar sana , jangan berhenti mencari sesuatu yang baru kerana lagi banyak ilmu lagi bagus!

Komen Anda?

Close
Top