SIAPAKAH YANG BAKAL BERGELAR JUARA?

VEST telah masuk ke stage ketiga! Mesti ramai yang berdebar siapakah yang bakal mempersembahkan Business Pitching mereka di hadapan Perdana Menteri Malaysia! Dan siapa pula yang bakal memenangi hadiah utama bernilai RM25,000 tu kan?!

 

Wow!! Menarik kan? Bukan hadiah je yang korang dapat, tapi pengalaman membuat presentation di depan Perdana Menteri Malaysia tu yang sangat berharga seumur hidup korang !
Buat 10 kumpulan yang telah berjaya ke stage ketiga, tahniah saya ucapkan. Tetapi buat yang kurang berjaya, jangan kecewa. Perjuangan belum tamat lagi. Kesemua Business Idea korang hebat dan menarik, tetapi menang kalah tu kan adat pertandingan.


Kautlah peluang menuntut ilmu perniagaan bersama coach–coach yang hebat, semua ilmu tersebut korang boleh gunakan sebagai bekalan untuk korang kembangkan lagi business korang.

Dalam fasa sekarang sedar atau tidak kehangatan peringkat akhir VEST amat terasa, minggu depan sahaja Karnival dan Malam Gala akan berlangsung. Kita akan menyaksikan bakal–bakal usahawan dari kalangan mahasiswa yang boleh menjana pendapatan beribu–ribu ringgit sebulan lahir dan diiktiraf.

Lebih penting lagi, VEST bakal memberi impak yang besar dengan menumpukan kepada faktor mahasiswa “job creator”instead of mahasiswa “job hunter”. Terima kasih KPDNKK, PNS kerana menjayakan program yang padu ini.
Nak tahu padu ke tidak, jom pergi ke Karnival dan Malam Gala 14 september 2017 & 15 september 2017.

Padu ke padu? !

Close
Top