SSM MELAKA, DI SEMINAR VIBE POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

 

MERLIMAU MELAKA : 27 Mac 2017, Team Fizo Omar channel bersama rakan strategik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Seminar Varsity Intensive Business Exposoure (VIBE).


Seramai 468 orang pelajar dan 30 orang staff Politeknik Merlimau Melaka datang memeriahkan lagi program ini. Turut mengundang tetamu VIP iaitu Pengarah Yang Berbahagia Hajah Rashidah bt Mustapa (Pengarah Politeknik Merlimau Melaka), Yang Berusaha Mohd Asri bin Chik (Timbalan Pengarah Politeknik Merlimau Melaka), dan juga Mohd Nazri Bin Ismail (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Merlimau Melaka).


Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai cabaran – cabaran pelajar kini, dan menyarankan untuk mencipta pekerjaan di sebalik menjadi “Job Hunting” selepas tamat bergraduasi.
Hasil dari program tersebut, seramai 60 orang yang berminat untuk mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan , dan seramai 37 orang telah berjaya mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai SSM yang hadir.

Syabas dan tahniah !

Komen Anda?

Close
Top