Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Di Seminar VIBE UPM

Universiti Putra Malaysia : seramai 3023 pelajar dan 189 pegawai universiti menghadiri program Varsity Intensive Business Exposure (VIBE)  pada 11 mac 2017, sabtu yang lalu.

Program ini di Hadiri VIP kehormat , Timbalan Naib Canselor (YBhg. Prof. Dr. – ING. IR. Renuganth Varantharajoo, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Ybhg. Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd. Ghani  , serta  Encik Saheh Said  penolonng Pendaftar Kanan Pusat Kokurikulum dan pembangunan Pelajar.

Program kolaborasi bersama Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM), KPDNKK, UPM dan  Fizo Omar Channel di anjurkan buat julung kalinya untuk mendekati mahasiswa serta mendedahkan kepada mereka ilmu – ilmu keushaawanan.

Selain itu mahasiswa di dedahkan dengan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan di bawah Skim SSM, program ini bukan saja menyalurkan maklumat kepada mahasiswa tetapi membantu golongan mahasiswa untuk membuka perniagaan sendiri.

Hasil daripada program tersebut, sebanyak 142 borang mendaftar SSM telah di edarkan kepada peserta, dan jumlah yang berjaya mendaftar pihak kami masih menunggu keputusan dari pegawai SSM yang bertugas pada hari kejadian. Tahniah saya ucapkan !

Komen Anda?

Close
Top