DIHUJUNG JARI BERMULA DIPANGKAL HATI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Alhamdulillah, baru-baru ni, kami sertai usrah di rumah salah seorang pemimpin, usai solat maghrib berjemaah, usrah disampaikan oleh Yg Berbahagia Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

bacalah

IQRA..

Sangat indah permulaan usrah, kisah bagaimana Rasulullah SAW pertama kali menerima wahyu dr ALLAH SWT, menerusi malaikat Jibrail AS. Bagaimana Rasulullah SAW dipeluk kemas, 3 kali Jibrail AS meminta Baginda mengulangi apa yg diwahyukan ALLAH SWT, Iqra.. begitulah antaranya. Jadi, membaca bukan sekadar mengisi masa lapang. Betapa Islam menuntut umatnya mencari, menambah & berkongsi ilmu. Ilmu akhirat dijunjung, ilmu duniawi dikelek. Antara penyambung pahala bila kita di alam barzakh adalah ilmu yang bermanfaat.. Allahuakbar, pergi belajarpun dpt pahala.

 

 

AL-IKHLAS..

Antara yg terkesan didalam hati juga, bila kisah yg dikongsi oleh Datuk Mufti, apabila salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW (saya tak ingat namanya, dan takut salah nama pula.. tulah, taknak tulis..) rajin mengamalkan surah Al-Ikhlas (qul huawallahuahad..) setiap hari setiap waktu, dijadikan zikir hariannya. Dan disaat sahabat tersebut meninggal dunia, Rasulullah SAW melihat puluhan ribu malaikat turun ke bumi. Subhanallah.. amalkan yang sedikit tapi biar istiqamah.

TABAYYUN..

Dalam ketidak sempurnaan diri, rasa tersentap juga apabila Datuk mula sentuh isu tabayyun – selidik dahulu sebelum jatuhkan hukum atau pertuduhan.

Ingatkan konsep ini, hanya untuk dunia perundangan dan kehakiman. Rupanya Datuk kata, dalam kehidupan harian penuh dgn kecanggihan gajet & aplikasi.. semunya dipangkal hati.. haaa?

social media

Ya, dipangkal hati, sama ada mahu terus menjatuh hukum, atau selidik dahulu kesahihan perkara. Contoh yg Datuk Mufti berikan sangat dekat dgn kita. Katakanlah kita nampak, imam masjid tetiba masa orang nk pergi sembahyang jumaat, tetiba imam tu balik rumah dan tak keluar-keluar rumah, maka tercetuslah kata.. “emm.. imam pun tak pergi solat jumaat, apa bendanya..”

Tapi, kalau kita ambil langkah tabayyun.. rupa-rupanya imam tu uzur, atau barangkali sakit perut yg teramat sgt. Tak ke sia-sia dosa kering..

Kadang-kadang diri sendiri cepat buat rumusan. BETUL, satu cabaran untuk terus istiqomah untuk tabayyun.

Maka sebagai peringatan untuk diri sendiri, dalam dunia serba pantas, serba canggih.. sebelum berakhir dihujung jari, kita mulakan dihujung hati. STOP & THINK.

Walahu’alam..

Sampai jumpa lagi ya..

p/s : tetiba teringat kt kisah seseorang.. bagaimana dia melihat dirinya terbakar didalam cermin.. titik bermula penghijrahannya. dari dunia penuh glamor, dia pilih untuk dekat pada ALLAH SWT.. indahnya.  insyaALLAH ada umur, saya kongsikan.

Komen Anda?

Close
Top