TAKUT GAGAL = TAK BERANI NAK BERJAYA

 

2

Salam semua…tengah buat apa tu? saya rasa Jumaat camni mesti ramai orang tengah lemau nak tunggu weekend. Harini saya nak share sikit pasal pengalaman saya dalam bisnes ni. Boleh dikatakan semua orang tahu yang saya ada minat yang mendalam pasal bisnes. Banyak sebab kenapa saya suka berbisnes, mungkinlah sebab genetik sebab arwah ayah saya pun seorang businessman dulu..Minat dengan bisnes ni saya pupuk dari zaman U lagi. Time orang sibuk study, studo, dating, tengok wayang, saya pun sibuk jugak, buat duit jual makanan untuk budak-budak kolej. Niaga kecik-kecik tapi duit tulah saya guna nak bayar tu bayar ni masa belajar dulu. Sekarang, bisnes adalah kerja saya, dunia saya, cinta saya dan segala-galanya yang ingin saya tumpukan buat masa sekarang dan masa depan. Hasil ilmu yang saya peroleh, pengalaman yang saya raih…orang kenal saya bukan sebagai artis je tapi sebagai businessman. Dah beratus talk yang saya pergi untuk share pengalaman saya pasal bisnes. Banyak-banyak talk yang saya bagi respon sangat bagus dan sangat ramai yang jumpa saya nak minta tip-tip pasal nak start bisnes. Ramai jugak yang pm dan whatsapp saya tanya pasal benda yang sama dan daripada pemerhatian saya, kebanyakkan diorang ni share feeling yang sama, nak buat bisnes tapi takut gagal, nak buat bisnes takut rugi, nak buat bisnes takut bankrap.

1

 

Sebenarnya saya sendiri dah lalui pelbagai kegagalan, rugi, jatuh terduduk, tertiarap, lingkup, semua saya dah lalui..mungkin dah ada yang tahu, mungkin ada yang tidak..tapi hakikatnya, yang korang nampak dan tahu peritnya tak terkata dan terkadang lebih dari itu rasa sebenarnya yang saya terpaksa tanggung. Itulah yang membawa saya kesini. Saya sendiri berjumpa dengan ramai orang jutawan, mentor-mentor saya, sifu-sifu saya dan saya dapati kesemuanya ada kisah kegagalan mereka sendiri, rugi, jatuh, bankrap dan macam-macam lagi. Pesan mereka dekat saya, kalau kita ni takut gagal, kita ni sebenarnya belum bersedia lagi untuk berjaya. Sebenarnya, takde istilah ‘shortcut’ kalau nak berjaya. Kegagalan tu sebenarnya ‘checkpoint’ dalam perjalanan kita untuk berjaya. Dalam perjalanan nak menuju kejayaan, mana mungkin  boleh seseorang tu sampai kat destinasi dia tanpa touch  ‘checkpoint’ dan ‘recharge’ .  Cuma yang membezakan kegagalan seseorang  besar atau kecil bergantung kepada ilmu. Sekiranya seseorang itu sentiasa bersedia dengan ilmu yang ada, setiap ujian dan cabaran yang datang dia dapat handle dan mungkin kegagalan yang dia lalui tu hanya perkara kecik je. Contohnya, perkara yang besar yang dia alami dapat diselesaikan dengan mudah dengan ilmu yang dia ada membantu membuat keputusan dan berani menghadapi cabaran.

3

Jadi, nasihat saya kepada anda yang kat luar sana, yang tengah baca artikel ni, yang nak start berbisnes tu, jangan takut untuk berjaya. Sebenarnya perasaan takut ini adalah bayang- bayang kita sendiri yang  menguasai mindset kita. Cuba ubah perasaan takut kita kepada perasan berani untuk berjaya dan secara automatiknya anda tidak akan nampak kegagalan, anda tidak akan nampak apa yang berlaku pada anda adalah negatif.. anda cuma nampak positif, positif dan positif. Kejayaanlah yang bakal anda tempa. Apa-apa pun mesti ingat, cari ilmu dulu sebanyak yang boleh sebab ilmulah yang akan menjaga kita, melindungi kita, baik bisnes atau karier kita. Ingat! “To be somewhere that you have never been, YOU HAVE TO DO SOMETHING that you have never done” . I wish you all the best!  Sekian perkongsian saya kali ini. Salam Jumaat.

p/s: Harini saya nak bagi e-book  Teknik Sales Rempit yang berharga RM 79.90 percuma pada anda. Yang tak sabar nak tahu cara nak rempitkan sale laju-laju tahap maksima boleh klik link kat bawah ni…Sementara masih ada grab cepat!

 

 

Komen Anda?

Close
Top