TANDA – TANDA KURANG MINUM AIR KOSONG

Assalamualaikum

Salam Syawal ke – 17, macamana sambutan kemeriahan hari raya korang semua? Mesti meriahkan, raya pertama di mana tahun ni? Di rumah mertua ke? Ke di kampung halaman sendiri?. Tahun ni saya beraya di Penang, beraya kampung halaman mak mertua di sana.

Beraya di mana sekalipun, pastikan korang gembira bersama yang tersayang. Ha, sedar tak sedar dah masuk  2 minggu kita beraya kan?, mesti banyak jemputan ke “Open House”  yang korang dapat  hujung minggu ni.

Makan di open house tu kene beringat ye, kalau jemputan minggu tu ada 4 buah rumah jangan la “bedal” makan makanan berat kat keempat – empat rumah tu, nanti sia – sia je puasa sebulan haritu dapat turun 3 kg, tapi bila raya naik sampai 5 kg.

Haa, lagi satu perkara yang paling penting adalah dalam kemeriahan beraya, mesti banyak juadah air manis seperti air bergas , ribena, sunquick, sirap dan pelbagai lagi. Perlu beringat tau, air – air sebegini mengandungi gula yang terlalu tinggi. Berkemungkinan besar risiko diabetes dan kencing manis akan menyerang. Lebih baik elakkan daripada meminum air manis dan bergas.

Air mineral ataupun air kosong sangat bagus untuk pastikan badan anda sihat dan kekal bertenaga. korang tahu tak, kalau sehari kita tidak cukup minum air kosong mengikut yang sepatutnya, badan kita boleh di timpa pelbagai penyakit.

Tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurangnya 8-10 gelas air masak sehari. Ianya penting untuk mengelakkan tubuh anda daripada dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan).

Nak tahu apa tanda – tanda anda kekurangan air dalam badan?

  1. Tak kerap buang air kecil

Menurut kajian, setiap individu yang sihat akan membuang air kecil sebayak 6-7 kali sehari. Sekiranya anda buang air kecil kurang dari 2-3 kali sehari, kemungkinan besar anda kekurangan air.  Kurang air dalam badan boleh menjejaskan buah pinggang.

  1. Kulit kering

Jika kulit anda kering dan kasar itu menunjukkan anda kekurangan air. Dah sapu losyen tapi masih lagi tiada perubahan, sila pergi minum air.

  1. Pening Kepala

Mudah sakit kepala? Itu juga antara salah satu tanda yang anda kurang minum air

  1. Bibir Kering

Banyak ulser dalam mulut dan bibir sentiasa kering, itu tandanya anda perlu minum air segera. 

  1. Warna Air kencing Kekuningan

Selalunya air kencing digunakan untuk mengetahui status kesihatan. Melalui warna, bau dan ketumpatan air kencing boleh beri pelbagai tanda, sama ada anda sihat atau sebaliknya. Warna putih atau ‘clear’ bermakna anda sihat, sekiranya air kencing anda kekuningan itu menunjukkan badan anda memerlukan air.

Dah tahu kepentingan minum air mineral? Kalau korang ada tanda – tanda macamni, cepat – cepatlah minum air kosong ye ! Ingat jaga kesihatan anda di bulan syawal serta bulan – bulan yang mendatang.

Psst : Kalau buat “open house” jangan lupa jemput ye, hehe

Komen Anda?

Close
Top