TARIKAN BARU DI KOTA BHARU KELANTAN

Assalamualaikum semua.

Korang tahu kan? Fizo Mawar Kitchen kini berada di Tambatan di Raja Kota Bharu Kelantan. haaa bagi pengemar makanan Thailand jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan kegemaran korang di FMK, bagi yang kurang gemar makanan Thailand korang wajib cuba makan makanan di FMK, sekali cuba confirm terus jatuh cinta !

Cepatkan masa sekarang berlalu, saya sendiri tak sangka sudah dua bulan FMK cawangan Kota Bharu beroperasi. Bagi saya niat asal pembukaan FMK di KB ini adalah berkongsi rezeki dengan penduduk yang berada di sekitar kelantan dan kini alhamdulillah FMK di KB menjadi salah satu tarikan utama di Negeri Kelantan.

Bagi sesiapa yang datang ke Kelantan jangan lepaskan peluang datang ke Tambatan Di raja Kota Bharu Kelantan.

haaa cantik kan? sesiapa yang datang, bolehlah datang bergambar dengan tulisan I LOVE FMK. Cadangan saya malam lagi cantik, serious! boleh tengok video di bawah.

 

 

Komen Anda?

Close
Top