“TEAM WORK” BANTU CAPAI KEJAYAAN

Assalamualaikum semua !

Hai apa khabar? Dah baca artikel lepas yang saya post berkenaan idea – idea pelik untuk berbisness? Haa,kalau  anda  belum baca lagi anda boleh terus ke link ni tau. ! https://fizoomar.com/lukisan-dua-warna-dijual-pada-harga-rm200-juta/3053

Harini saya nak sharekan sedikit tentang ilmu “Team Work”, ia berkait rapat dengan bisnes jugak, kalau anda seorang businessman, anda takkan Berjaya sekiranya anda bersendirian, pastikan ada orang – orang yang support anda sehingga Berjaya.

Kerja berkumpulan boleh dikenali sebagai “ Team Work” atau “ Kerja Berjemaah” adalah selari dengan tuntutan agama dan juga tuntutan sosial. Dengan berjemaah atau berkumpulan, serta beretika dalam pekerjaan, seseorang itu dapat atau lebih mudah memenuhi keperluan sosial dan psikologikal serta mencapai matlamat hidup.

Organisasi di zaman moden ini beroperasi menerusi pelbagai jenis kumpulan kerja. Ada kumpulan dibentuk khusus untuk menyelesaikan masalah, untuk membuat perangkaan dan perancangan, ada pula khusus untuk menyelaraskan kerja, ada pula khusus mencari idea baru dan perubahan.

Pendek kata, sesuatu kumpulan dibentuk merangkumi pelbagai aspek kehidupan samaada dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Kalau kita lihat dengan teliti di antara sifat – sifat orang cemerlang ialah mereka suka bekerja secara berkumpulan atau berpasukan.

Kebiasaannya mereka yang Berjaya pasti tidak melakukan gerak berseorangan. Semangat berjemaah sangat tinggi, mereka mempunyai semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Apabila melakukan sesuatu tugasan, mereka akan melaksanakan semangat perbincangan (syura atau consultation) yang harmoni dan berkesan.

Oleh itu, setiap daripada kita jika ingin berjaya jangan fikir yang kita boleh berjaya dengan lakukan sesuatu seorang diri sahaja.

Bina “team” dan bergerak bersama seterusnya berjaya juga bersama…!

 

 

Komen Anda?

Close
Top