TEKNIK BERCAKAP DENGAN YAKIN- SIRI 2

ya-allah-kali-ni-betul

 

 

Salam semua….apa khabar? Selamat berweekend!!! Dah identify anda speaker kategori mana? Kalau eloquent baguslah..dah tak yah baca kot…hehe…kalau rasa masih tak eloquent enough, don’t worry..boleh polish…start from basic OK? Baca selanjutnya, 5 Teknik Bercakap Dengan Yakin…Selamat Bercakap dengan bagus depan audien….maybe lepas ni dah tak nervous, boleh bagi ceramah plak…huhuhu…apapepun..jangan lupa baca Bismillah dulu sebelum nak start…

  1. Rilek beb!

Bercakap gaya eloquent adalah kombinasi bahasa perkataan dan bahasa badan yang bagus. Cara kita guna bahasa badan sangat penting, sedar atau tak, orang maybe tak dengar kita cakap ape tapi orang tak pernah miss tengok body language kita. Dari situ orang boleh perasan sebenarnya, kita nervous ke, kita tak confident ke dan sebagainya. Macam saya cakap, body language speak the loudest. Selesakan diri anda dengan badan anda sendiri. Kalau bahu rasa tegang semacam, rasa tegang kat leher, peluh- peluh, tu  tanda kita dah selesa dengan diri sendiri. Tarik nafas dalam-dalam, fikirkan yang baik-baik, fokus kepada penyampaian, bukan pada pandangan orang. Bahasa badan selalunya terjadi secara natural, ikut apa yang kita fikir dan rasa dalam fikiran dan hati.  Susah nak control body language, jadi apa yang anda perlu buat adalah bawa bertenang, beranikan diri sendiri dan jangan overthink. If you want something, go and get it no matter how, cross your limits out of your comfort zone. OK?

ss2201_38367

  1. Dongak

Jangan lari daripada tengok audien, jangan lupa buat ‘eye contact’ dengan mereka, jangan tunduk tengok lantai. Belajar untuk hilangkan rasa malu bila bercakap di khalayak ramai walaupun kita pemalu tapi bila kita cakap dengan public kita nak orang dengar dan orang yakin dengan kita. Kalau tak biasa bercakap kat depan memang payah tapi kena cuba jugak, cuba dengan bila nak cakap awal-awal tu fokus pada seseorang yang anda selesa, kawan ke, marka ke….senyum, tegakkan bahu, dongakkan dagu, bukan tengok siling atau dinding tapi tengok audien, hold your head high baru orang akan rasa tertarik nak tengok dan dengar. Kalau kita tunduk, kita akan bagi tekanan pada leher, kita pun akan jadi lagi takut, lagilah terketar-terketar suara tu nanti. Belajar bina keyakinan dengan mendongak.

 

  1. Audien

Anda adalah seorang speaker yang eloquence kalau orang beri perhatian dan dengar pada anda. Bila kita cakap, kita nak orang dengar, orang hanya akan beri perhatian bila kita cakap sesuatu yang mereka rasa perlu dengar, menarik dan berguna kepada mereka. Jadi, bila nak cakap depan public, make sure buat research dulu betul-betul, supaya kita tahu content macam mana yang kita nak sediakan, cara nak deliver dan yang paling penting tak sentuh isu sensitif audien kita.

 

  1. Cakap proper

Gaya cakap yang eloquent bermakna anda cakap dengan jelas, dengan nada suara yang positif, sebutan yang jelas dan terang, pilihan perkataan yang senang difahami dan diingati oleh pendengar dan yang penting bahasa badan kita biar sama dengan apa yang kita cakap. Contohnya, kalau kita tengah cakap pasal benda yang sedih jangan pulak kita buat bahasa badan yang happy. Sama jugak bila cakap benda yang happy, jangan plak berkerut-kerut, maybe kita stress tapi orang nampak macam kita cakap benda yang kita tak maksudkan. Orang akan ingat kita tak jujur sebab kita bagi body language yang salah. Kadang-kadang, masalahnya kita tak perasan suara kita slow ke kuat, kita main taram je. Tengok audien kita banyak mana, tengok tool bercakap kita apa, mikrofon ke, cakap manual je ke, pakai rostrum ke, pakai slide ke…jangan cakap kuat sangat, rendah sangat, cepat sangat, slow sangat, biarlah yang sedang-sedang sesuai dengan keperluan audien. Cara yang terbaik adalah dengan praktis, prepare dan tanya pandangan orang lain sebelum hari kejadian.

science_backed_tips_for_public_speaking

  1. Lantunan suara

Kadang-kadang sebab nervous kita cakap cepat, kadang-kadang sebab kita sendiri spesies yang cakap cepat. Tapi bila nak cakap depan orang ramai ni tak boleh buat macam kita cakap biasa dengan orang atau cakap macam baca teks. Orang payah nak fokus. Cakap dengan teratur, dengan nada yang sesuai, jangan terlalu laju, kita bukan nak kejar flight, jangan terlalu perlahan lebih dari perlahan daripada gerabak ketapi Kuch-Kuch Hota Hai. Ada time kena nada tinggi, ada time kena nada rendah, kena pandai main nada yang berbeza untuk tackle perhatian customer dan yang plaing penting untuk bagi depa paham. Jangan lupa untuk pause kadang-kadang mana hat perlu so that kita bagi ruang kepada audien untuk  digest. Bila kita bagi diorang space untuk paham, makin diorang buka telinga nak dengar kita cakap apa. Tapi jangan lama sangat pause tu, macam pitam atau blank plak. OK?

Nak upgrade bisnes?

Nak tahu closing sales hebat?

Nak pikat customer liat?

Jemput hadir ke seminar SYB November ini…

Klik link di bawah:

http://www.seminarsyb.com

 

Komen Anda?

Close
Top