TEKNIK BERCAKAP DENGAN YAKIN – SIRI I

 

ya-allah-kali-ni-betul

Salam semua..apa khabar? Happy Friday Yeay people! hari ni hari last keja untuk minggu ni bagi geng-geng yang kerja makan gaji, mesti tak sabar nak berweekend kan? Ok, harini saya nak cakap pasal communication. Dalam dunia ni, tak kiralah anda siapa, buat kerja apa, kerja makan gaji ke, kerja bagi orang gaji ke, kita semua manusia dan manusia kena bercakap. Tak ada sape atas muka bumi ni boleh elak daripada bercakap. Mungkin orang yang jenis talkative atau talkaholic memang nampak suka cakap je kerja dia, yang senyap nampak macam tak cakap sangat tapi sebenarnya tak.

Komunikasi ada 2 cara, verbal atau non-verbal. So, kalau kita cakap guna perkataan, tu verbal, tapi kalau tak cakap tapi guna bahasa badan, mimik muka, dan sebagainya, tu bercakap juga tapi secara non-verbal dan kadang-kadang cakap guna non-verbal ni that speak the loudest. Dalam dunia bisnes, tak kiralah anda ni jenis bising ke senyap ke, komunikasi sangat penting, WAJIB!. Tanpa komunikasi yang effektif, anda tidak akan dapat buat duit dengan baik selaku usahawan. Macam mana nak dapatkan tender, nak buat networking, nak promote company dan sebagainya.

Martin Luther King Jr, salah seorang public speaker yang terkenal kata, “People fail to get along because they fear each other; they fear each other because they don’t know each other; they don’t know each other because they have not communicated with each other.”

3

Ada 4 jenis speaker dalam dunia ni, kenal pasti terlebih dahulu yang mana satu adalah kategori anda bila anda bercakap depan public:

Incoherent– jenis yang suka cakap tapi meleret, content dia agak berterabur dan tak ada flow sebab tak tahu nak bagi point penting macam mana. Suka guna perkataan yang susah, bombastic yang orang payah nak paham. Selalu juga macam syok sendiri, rasa macam best tapi orang yang dengar rasa tak best.

Coherent– jenis yang suka cakap pasal fakta dan bagi pendapat tapi apa sahaja yang dia katakan orang mudah lupa.

Articulate– jenis yang suka cakap apa yang perlu je tapi memang mesej yang nak cuba disampaikan clear, tapi sayang, jarang dapat convince orang.

Eloquent– jenis yang suka guna bahasa perkataan beserta bahasa badan. Lontaran ideanya selalu diterima, dan pendapatnya selalu lekat di hati dan ingatan pendengar.

2

Jenis speaker yang eloquent adalah kategori speaker yang jadi dambaan, yang memukau audien. Jenis speaker nilah yang kita nak jadi, harus jadi, wajib jadi bila kita bercakap depan public. Speaker yang eloquent sentiasa kelihatan bijak. Sebenarnya, speaker kategori lain bukanlah tidak bijak, kadang-kadang mereka lebih bijak sebenarnya cuma tidak tahu bagaimana nak menyampaikannya dengan baik. Jangan risau, eloquent adalah skill yang boleh dipelajari, dan anda boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Dah kenal pasti kategori speaker manakah anda? Bagus! Nanti saya akan kongsikan cara-cara nak bercakap gaya eloquent. Nantikan artikel yang seterusnya daripada saya!

Nak upgrade bisnes?

Nak tahu closing sales hebat?

Nak pikat customer liat?

Jemput hadir ke seminar SYB November ini…

Klik link di bawah:

http://www.seminarsyb.com

Komen Anda?

Close
Top