TETAPAN HARGA MINYAK MINGGUAN, LEBIH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA

Asalamualaikum

Hai apa  khabar?

Minyak naik setiap minggu, apa kata anda? Harini  saya baca Kosmo, mesti ramai para pembaca  fokus kepada tajuk isu harini, “harga minyak di tetapkan setiap minggu”. Mesti ramai yang tertanya – Tanya kan kenapa penetapan harga minyak di lakukan setiap minggu. Bukan lagi setiap bulan seperti yang di laksanakan sejak disember 2014.

Bagi saya penetapan harga minyak setiap minggu ini, sangat menguntungkan para pengguna minyak, “of course” mesti para pembaca saya harini adalah pengguna – pengguna minyak petrol mahupun Diesel  menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja tak pun ke destinasi yang nak di tuju kan?.

Di Negara – Negara luar, seperti Europe misalnya mereka telah lama menggunakan sistem tetapan harga secara mingguan, dan sistem harga mingguan ini telah common oleh rakyat mereka.

Mungkin di Malaysia ianya masih baru, dan rata – rata rakyat Malaysia masih terkejut dengan penetapan harga minyak secara mingguan oleh pihak KPDNKK .  Mulai 29 Mac 2017 kerajaan menerusi Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan harga Syiling bagi minyak Petrol dan Diesel secara mingguan

Nak tahu kenapa menguntungkan? Kalau kita lihat dari sudut ini,  penetapan harga minyak mingguan akan memudahkan pengguna minyak untuk tahu harga minyak dari masa ke semasa.

Korang tahu tak? Pengusaha minyak boleh bersaingan antara satu sama lain untuk menarik hati pelanggan untuk mengisi minyak. Saya rasa sebagai pengguna korang mesti pandai memilihkan? Lagi – lagi mana yang tawarkan harga paling rendah dan berbaloi mesti itu menjadi pilihan hati kita betul tak? baru korang jadi pengguna yang bijak !

Eh kalau pengusaha minyak ambil kesempatan macamana ?

Hah, soalan yang sangat bagus, pihak KPDNKK akan mengawal harga minyak dari masa ke semasa, mana – mana pengusaha minyak yang menawarkan harga lebih rendah dari harga pasaran, mereka akan di kenakan tindakan.

Sebagai pengguna yang bijak, korang boleh memilih mana – mana petrol pam  menawarkan harga rendah dan berbaloi, kalau saya , saya akan pilih yang berbaloi dan menguntungkan.

Kalau korang, korang pilih yang mana?

Tepuk dada Tanya selera .

Komen Anda?

Close
Top