THANK YOU SARAWAK | FIZO OMAR

2 HARI DI SARAWAK

Seronok betul saya ke sarawak kali ini.Walaupun sebelum ini dah banyak kali saya ke sana terutamanya kuching.Tapi kali ini banyak sangat pengalaman yang baru saya dapat untuk trip  2 hari ke kuching,miri dan lawas.YAng best nya orang serawak ni memang sangat baik dan friendly dahtu ‘kacak’ pulak kan. Sempat la saya belajar KELAKAR sarawak sikit-sikit.Walaupun agak penat dalam tri[p yang agak singkat dan meredah beribu kilometer dari satu tempat ke satu tempat,memang berbaloi dengan pengalaman yang saya dapat.

PENGALAMAN SEBAGAI SPEAKER.

Kepuasan yang sangat berbeza bila saya menjadi seorang speaker utk memberi ceramah tentang program keusahawan sekarang ini.Dan alhmdulillah rezeki yang melimpah ruah dengan mendapat pelbagai jemputan dan tawaran untuk memberi ceramah dan juiga berkongsi ilmu tentang keusahawanan di serata tempat seluruh negeri.Jadi selain daripada dapat memberi manfaat dengan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang ada ni kepada masyarakat setempat,dapatlah saya menyelam sambil minum air iaitu dapat kenal tempat orang dan juga observe macam macam jenis makanan tempatan yang unik dan rasanya memang..perggghhhh..ada yang sampai mengigau dibuatnya…

1930566_10154205447755827_8356670346702189715_n 10388059_10154205447965827_669456491541182587_n 12809608_10154205448180827_6094474875337892379_n

NAIK ‘PRIVATE’ JET

Selesainya program MINDA bersama MDEC  saya terus ke miri dan keesokan harinya terus ke lawas untuk program bagi talk mengenai sosial media entrepreneur bersama KPDNKK dan SSM.Pertama kali saya dan manager saya kesana dan kami ‘dilayan’ seperti VVIP pula rasanya bila sampai ke airport dan nama dipanggil telebih awal utk boarding ke lawas.Macam pelik kerana nama di announce lebih awal dari masanya.Rupa rupanya hanya kami berdua sahaja penumpang kapal twin otter MAS WING untuk sektor ke lawas pada waktu itu.

Agak nervous ketika melangkah naik pesawat itu kerana pertama kali dalam hidup saya menaiki model pesawat tesenut yang hanya boleh memuatkan penumpang seramai 19 orang sahaja.Saya merasakan seolah olah menaiki jet peribadi kerana hanya kami berdua menemani 2 orang pilot yang mengambil masa selama 45 minit ke lawas.Jadi ape lagi peluang keemasan itu tidak di sia siakan untuk saya feeling feeling seolah menaiki private jet sendiri la..hehhehe.Betullah orang cakap pemandangan dari atas di sarawak, subhanallah sangat menakjubkan.sangat teruja saya dibuatnya.

KENE TIMBANG BADAN SEBELUM NAIK FLIGHT

1st time pengalaman saya naik flight atau travel ke merata dunia sebelum ini,kene timbang berat badan dulu sebelum naik flight.Bila saya tanya sebenarnya untuk tujuan keselamatan maklumlah kapal kecik so muatan dia mestilah ade had yang ditetapkan.Macam jakun plak saya sedangkan orang kat situ selamba jer naik timbangan tu bersama dengan luggage mereka.

20160313223520

20160313223531 (1)

20160313223531 (2)

20160313223531

20160313223532 20160313223546

timbang

DI OFFER DADAH BILA SAMPAI KE LAWAS

Bila sampai je di airport lawas yang sangat comel dan kecik.Kami di pelawa utk merasa ‘DADAH’ yang sangat popular dan hanya di lawas.saya mcm terkejut dan biar betul diaorang ni.Rupanya ‘DADAH’ halal tersebut adalah sejenis ikan TAHAI.Ikan ni cuma boleh didapati di lawas sahaja.Ikan tu di jadiakn sup dan dinamakan sup ‘DADAH’ tahai kerana katanya sudah pasti sesiapa yang makan akan jadi ketagih seperti dadah.wow hebat sekali ayat marketing mereka..heheh.Bukan sahaja sup,sempatlah saya mencuba pelbagai produk yang diperbuat dari hasil iakn tahai tersebut.Dan cara penangkapannya sangat unik sekali, mereka hanya cari ‘port’ ikan tu dan tak perlu menggunakan jala atau pukat utk menagkap nya.Hanya goyangkan boat mereka sehingga air berkocak dan iakn tu dengan sendirinya akan melompat masuk kedalam boat mereka.WOW.. giler best mcm tu..cuma xde rezeki sya utk tengok secara live cara mereka tangkap ikan tu sebab ianya bermusim.

Macam yang saya makan termasuklah laksa sarawak udang galah..perghhh kecur saya dibuatnya ketika menulis sebab duk teringat lagi kesedapan dan kesegaran udang tersebut.Seriously saya rasa ini adalah antara salah satu pengalaman yang terbaik saya merantau walaupun pada awalnya saya agak under estimate dengan apa yang ada di lawas. Sudah pasti saya kan ke sana lagi kerana dengar cite kat sane ade byk gunung dan gua yang adventure…insyallah next paln mesti in da list..

dadah tahai

sup ‘dadah’ tahai

Komen Anda?

Close
Top