TIP JIMAT LEPAS RAYA

Setiap kali tibanya Syawal mesti banyak nak keluarkan duit kan?. Nak  beli tu, nak beli ni. Rasa macam nak berjimat, tapi nak rasa jugak belikan mak langsir baru. Belanja adik beradik pakaian raya. Bagi duit raya kat anak buah. Maklumlah setahun sekali kan?.Haaa, jadinya kenelah belanja Ikut kemampuan masing-masing taw. Janji jangan sampai berhutang. Bergolok gadai bagai sudahlah.

Bile dah habes raya, mulalah check akaun tengok balance duit tinggal berapa? Haaa.. time tu mulalah rasa menyesal ter’over belanja masa raya haritu. Nak tunggu next gaji lambat lagi.

So harini, saya nak sharekan  beberapa langkah yang kita boleh ambil untuk sentiasa berjimat cermat selepas ter’over shopping raya sementara menunggu next gaji:

#1.  Makan Di Rumah

female chopping food ingredients

Masa bulan Ramadhan haritu rasa bufet berbuka puasa RM50 macam murah je kan?. Jadi, lepas raya ni bolehlah masak sendiri kat rumah. Contohnya membeli lauk, masak nasi, buat air kat rumah je. Lebih menjimatkan duit.

 

#2 . Kongsi Kenderaan

Buat anda yang mempunyai gaji cukup makan sahaja dan memiliki Honda Civic rasa sesak nafas atau tidak?  Jika ya, apa kata anda berkongsi kenderaan dengan kawan. Atau menaiki pengangkutan awam.

#3.  Kurangkan Aktiviti Yang Melibatkan Wang

Sementara anda sedang menunggu gaji, cuba rehatkan aktiviti yang melibatkan wang yang besar. Pergi melancong misalnya. Contohnya, duduk di rumah layan televisyen atau mengisi masa dengan membaca lebih baik.

#4.  Rancang Kewangan

akauntan2

Jika ada barang keperluan yang hendak dibeli, rancanglah sebaiknya. Biar pergi sekali sahaja. Jangan sampai setiap minggu keluar pergi pusat membeli belah. Kalau asyik keluar mesti nak bayar parkir, minyak kereta, nak makan luar dan sebagainya.

#5.  Berpuasa

Nak senang puasa 6 hari di bulan Syawal ni. Dapat pahala.

Wang memang mengalir macam air di bulan Syawal ni. Yang balik kampung pun nak pakai wang banyak. Jadi, sebab itu pentingnya tabung kecemasan. Mungkin dalam perjalanan tayar pecah, atau cermin kereta retak kena buah kelapa.haha.

 

Harapnya tip belanja lepas raya ni bermanfaat untuk semua, sementara bulan syawal masih ada ni, saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

 

Komen Anda?

Close
Top