TIP MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

Assalamualaikum

Hai Semua, selamat tahun baru 2017, amacam masih on lagi ke? Azam – azam tahun baru tu? Hehe

Harini saya nak sharekan beberapa tips “menjadi pendengar yang baik”, kenapa saya nak sharekan kat sini, sebabnya dalam kehidupan seharian pastinya ada masalah yang akan menghimpit kita ataupun orang sekeliling kita betul tak? Cara macamana kita nak mengatasinya tu yang menjadi tu yang menjadi persoalan.

Kalau saya, saya suka bercerita kepada kawan – kawan dan ahli keluarga. Anda semua macamana? Bagi saya kalau bercerita separuh masalah saya kurang, walaupun belum dapat di selesaikan lagi.

Hah, kalau dah bercerita mesti kita nak orang tu ada ciri – ciri pendengar yang baik kan. Kalau tak sia – sia je kita “confess” masalah kat dia.

Menjadi seorang pendengar yang baik bukan sesuatu yang mustahil. Siapapun dapat mengasah keterampilan mendengar mereka. Ada ungkapan, “Mendengar adalah suatu proses yang aktif. Bukan bererti hanya duduk diam serta menatap seseorang.”

Nak tahu apa ciri – ciri pendengar yang baik tu macamana? Hah jom baca !

  1. Persiapkan Dirimu Untuk Mendengar

 

Santai. Fokus pada si pembicara. Singkirkan hal-hal lain dalam fikiran untuk sementara waktu. fikiran manusia sangat mudah untuk di ganggu

Contohnya : “ nak makan apa harini”, “ bila la dia ni nak habis?”

Cubalah singkirkan Fikiran-Fikiran seperti diatas semasa kamu sedang mendengar masalah kawan kamu.

 

  1. Berhenti Berbicara

Don’t talk, listen. Ketika seseorang sedang berbicara, dengar apa yang ia katakan, jangan menganggu atau potong apa yang kawan kamu sedang luahkan. Stop, just listen. Ketika ia selesai berbicara, pada saat itulah kamu dapat megklasifikasikan maksud yang apa yang dia hendak sampaikan.

 

  1. Perhatikan Komunikasi Non-Verbal

Gerak tubuh, ekspresi wajah, dan tatapan mata adalah hal yang penting dalam komunikasi. Kamu tidak hanya mendengarkan dengan telinga, tetapi juga dengan mata – melihat dan mengambil informasi tambahan yang di kirim melalui komunikasi non-verbal.

 

  1. Singkirkan Gangguan

Fokus pada apa yang dikatakan. Jangan melamun, melihat keluar jendela, bermain pen, dsb. Perilaku ini dapat mengganggu proses mendengarkan bagi dua pihak baik si pembicara maupun si pendengar

 

  1. Sabar

Biasalah sebagai seorang pendengar kita perlu bersabar, sebabnya kadang – kadang si pembicara tak tahu pun apa masalah yang cuba untuk dia terangkan kepada si pendengar. Berikan masa !

 

Last but not least, menjadi pendengar setia ni sangat bagus, dan membantu di saat manusia di dalam masalah, tak kisahlah anda boss ataupun staff tak pun sesiapa pun anda, cubalah menjadi pendengar yang setia ! tak dapat membantu banyak pun takpe, janji bantu sedikit sudah cukup membantu.

“A good listener is one who always pays attention, not to gain, but to learn”

Selamat mencuba !

 

Komen Anda?

Close
Top