Tips ‘TACKLE’ Hati Pelanggan

OWN-customer-560

 

“Customer is always right” itulah anatara azimat mana-mana perniagaan. Pandangan pelangan harus diterima sebagai kayu ukur dan mengambil insiatif untuk meningkatkan mutu perniagaan. Paling penting kita harus bijak menawan hati mereka.

Mari kita lihat 5 tips untuk ‘tackle’ hati pelanggan:

1. Harga mampu milik.

“Bang, diskaun boleh?”

Lumrahnya, ini yang sering berlaku hampir dimana sahaja. Pelanggan mahukan yang penjimatan maksima. Di zaman ‘cik google’ ini , pengguna pantas membandingkan harga sebelum mereka membuat pembelian. Oleh itu, tawan pengguna dengan memberikan produk dan perkhidmatan pada harga yang mampu milik dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Yang terbaik, nyatakan harga diskaun anda. Disitu, bolehlah sambil sambil bersedekah.. ye tak?

banderol-label-harga

2. Produk / Servis berkualiti.

Harga seiring dengan kualiti. Rata-rata pelanggan tak kisah bayar lebih, asalkan produk mahupun servis yang disediakan adalah tip-top!.  Jaminan kualiti dan pulangan wang juga merupakan salah satu ‘selling point’ yang sangat berkesan. Terbitkan rasa selamat dan tenang dihati pelanggan bila bersama dengan produk mahupun servis kita. Oh ya, masa servis servis yang pantas, juga sebahagian daripada kayuukur kualiti tau. Pantas.. pantas..

3. Pekerja yang mesra.

Pekerja adalah wajah kita.

Faktor yang sangat penting dalam membentuk pekerja hebat adalah sikap @ attitude. Dan faktor yang membentuk pekerja hebat adalah budaya. Bayangkan seorang pelanggan, tak habis habis memuji sikap pekerja kita yang jujur, cekap & amanah. Sudah pasti pelanggan itu akan datang lagi dan hebahkan kepada orang lain. Oleh itu, didiklah pekerja anda supaya menjadi seorang pekerja yang berkaliber dan bijak menguruskan pelanggan anda. Jangan lupa senyum ya.

6.melayan.pelanggan-539x359

4. Jenama yang hebat dan unik.

Jenama hebat dan unik biasanya akan tersemat kemas diminda pelanggan anda, walaupun anda hanya menjual cekodok sekalipun. Jenama yang kuat secara tidak langsung akan memasarkan sendiri nama produk itu kepada pelanggan baru. Jadi, jangan ambil remeh bab jenama ya.

5. Berikan lebih.

Untuk mendapat pulangan yang lebih meluas, beri lebih daripada yang disangka kepada para pelanggan anda. Pelanggan yang gembira, yang berpuas hati akan berkongsi pengalaman mereka dengan kawan-kawan mereka. Kupon diskaun, produk percuma, khidmat pintu ke pintu.. antara yang disukai pelanggan.

Kita sama-sama cuba dan perbaiki dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

STRATEGI PEMASARAN MEDIA SOSIAL YANG EFEKTIF

Tidak dapat dinafikan sosial media pada masa kini banyak memainkan peranan yang penting dalam teknik pemasaran yang menggunakan internet di dalam mempromosikan perniagaan anda. Siapa yang tidak kenal dengan Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain laman web sosial media? Sosial media merupakan salah satu platfrom

 

Komen Anda?

Close
Top