TRIP MENGGUNAKAN KERETA API DI ASIA, WAJIB KORANG CUBA!

Sebenarnya di Asia ni banyak tau tempat menarik yang kita boleh pergi lagi – lagi waktu cuti sekolah ni. Mesti korang dah plan awal – awal kan? Tapi takpe masih tak terlewat kalau korang nak pergi sebelum cuti sekolah berakhir ni.

Kalini saya nak syorkan kepada korang semua kita try travel menggunakan kereta api. Haaa jauh perjalanan luas permandangan kan?? Haaa giteww..

Ada beberapa negara kat ASIA ni Korang perlu cuba trip menaiki kereta api, perlu cuba at least seumur hidup !

#1 Dari Bangkok ke Chiang Mai, Thailand

Perjalanan dari Bangkok ni mengambil masa kira – kira 13 jam, sepanjang perjalanan ni korang boleh lihat matahari terbit di kaki gunung di utara Thailand. Memang Cantik !

#2 Seto-Ōhashi Line, Japan

Trip ini menghubungkan Okayama Station di tanah besar Jepun dengan Takamatsu Station di Pulau Shikoku, anda akan melalui jambatan Seto Ohashi, iaitu jambatan 2 Tingkat yang menghubungkan banyak pulau kecil.

#3 Dari Kandy ke Ella, Sri Lanka.

Perjalanan kereta api ini akan mengambil masa kira – kira 7 jam dan melalui kawasan tanaman teh di kaki bukit. Sepanjang perjalanan ini juga, anda akan ditawarkan untuk membeli buah – buahan segar.

#4 Alishan Forest Railway, Taiwan

Kereta api ini pada mulaya di bina untuk aktiviti perlombongan tetapi kini dibuka untuk orang ramai bagi melihat permandangan indah dikaki gunung

#5 Dari Singapura ke KL atau Penang

Trip ini pasti mengejutkan anda, tak perlu pergi jauh – jauh, hanya gunakan kereta api ke Singapore. Silap – silap korang boleh buat daily trip je. Memang syok perjalanan hanya mengambil masa 9 jam untuk sampai ke singapore.

 

Haaa apa lagi, Jom kita try ! sekali seumur hidup je kene cuba ni………

Komen Anda?

Close
Top