Tuhan Sebagai “Share Partner” Perniagaan

Assalamualaikum semua..

Antara elemen penting dalam perniagaan adalah rakan niaga. Rakan niaga bakal mencorak perjalanan sebuah perniagaan. Betul tak? Hah jangan kita lupa, Bahkan Tuhan juga secara tidak langsung boleh menjadi rakan niaga.

Kadang – kadang benda camnila kita lupa, lupa yang kita sebenarnya perlu berserah sepenuhnya kepada tuhan, setelah kita berusaha.

“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159)

Selain itu, siapakah rakan niaga lain yang dianggap penting dalam perniagaan?

Rakan Niaga 1: Diri Sendiri

13081612-3D-Believe-in-Yourself-text-on-white-background-Stock-Photo

Cara seorang usahawan mengurus diri sendiri boleh mempengaruhi perniagaan yang dijalankan.

Dengan merujuk kepada buku Master P.I.E.S oleh Fazrul Ismail, mengurus diri seorang usahawan dapat dijelaskan dalam empat aspek iaitu:

  • P (physical).
  • I (intelectual).
  • E (emotional).
  • S (spiritual).

Apabila aspek fizikal, intelektual, emosional dan spiritual seorang usahawan diadun dan diurus dengan baik, perniagaan yang dijalankan juga akan berada dalam keadaan baik.

Sebagai contoh,

Apabila seorang usahawan bijak mengurus kewangan (aspek P), berfikir panjang (aspek I), berakhlak mulia (aspek E) dan berniaga berlandaskan syariah (aspek S), nescaya dia akan dapat mengembangkan perniagaan dengan lancar.

Dalam contoh di atas, diri seorang usahawan menjadi rakan niaga yang penting dalam sebuah perniagaan.

 

Rakan Niaga 2: Manusia

download

 

“Siapa yang anda kenal seringkali melangkaui jaringan yang anda tahu”.

Dalam perniagaan, antara cara menjana keuntungan yang tinggi adalah menjenamakan diri sebagai seorang pakar. Kebiasaannya, cara ini memerlukan proses menuntut ilmu yang panjang. Namun Mohd Fathuallah telah berkongsi satu cara yang boleh memendekkan proses tersebut, iaitu berkenalan dengan para pakar dalam bidang yang ingin diceburi.

Beliau menceritakan bagaimana pada peringkat awal perniagaan, beliau telah memilih perkhidmatan sebagai penceramah kewangan. Namun kelulusan yang dimiliki, tidak melayakkan beliau digelar sebagai pakar.

Bagi mengatasi apa yang kurang, beliau mendapat idea untuk mencari individu yang berkelayakan dalam bidang kewangan. Selepas beberapa bulan mencari, akhirnya beliau mendapat rezeki bertemu dengan individu tersebut.

Dipendekkan cerita, akhirnya mereka bekerjasama menjalankan program yang dirancang. Mereka berdua berjaya apabila memanfaatkan sebaiknya sumber manusia sebagai rakan niaga.

 

 

Rakan Niaga 3: Tuhan Sekalian Alam

Lenticular Cloud

 

Sepertimana telah disebutkan, Tuhan juga secara tidak langsung boleh menjadi rakan niaga.

Rakan niaga yang paling penting bagi seorang usahawan Muslim adalah Tuhan sekalian alam, Allah. Cara mudah adalah dengan ‘membawa’ Tuhan dalam kehidupan.

Perniagaan merupakan sebahagian daripada kehidupan. Apabila Allah sentiasa ‘dibawa’ bersama, perniagaan yang dijalankan lebih terjamin kualitinya. Kualiti di sisi Allah dan manusia.

Sebagai contoh, encik Ahmad membuka kedai gunting rambut. Dari gaya perwatakan, encik Ahmad merupakan seorang yang ‘membawa’ Tuhan dalam kehidupan.

Dia sentiasa menjaga waktu sembahyang (kualiti di sisi Allah). Di samping itu, dia juga mementingkan hasil terbaik apabila menggunting rambut pelanggan (kualiti di sisi manusia).

Hasilnya, perniagaan encik Ahmad menjadi mantap. Rahsianya, encik Ahmad ‘menjadikan’ Tuhan sebagai rakan niaga dalam perniagaan.

Jika kita jadikan tuhan sebagai rakan niaga kita, insyaallah setiap pekerjaan yang kita lakukan dipermudahkan,

Ayuh, kita sama-sama muhasabah diri dan bermujahadah.. menjadi hamba yang dekat dengan Pencipta.

 

p/s : Oppss tak habes lagi ni, Untuk memantapkan perniagaan korang, Jom download 12 tips ”rempit” sales.Korang yang buat bisnes atau yg minat bisnes tu nak tak kalau saya belanja ebook tentang macam mna nak buat bisnes, sales n marketing. Harga nya adalah RM 79.90, TAPI……… hari ni saya nak bg FREE jer…NAK KE TAK??

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top